Tuesday 23 August 2011

Kerugian MAS: kita perlukan "minda usahawan"



Sumber rajah: sini

Nota tambahan:

Malaysia Airlines (MAS)
2011 Q2 = (RM527 million) Sumber: sini

Kenaikan kos bagi bahan api dikatakan penyebab utama kerugian bersih syarikat penerbangan negara ini (Kos bahan api dikatakan meningkat 41% daripada RM1.102b kepada RM1.55b).

Begitupun, pencapaian kewangan pesaing utama serantau iaitu Singapore Airlines dan AirAsia masih lebih baik sekalipun kedua-duanya turut dihimpit dengan kos kenaikan bahan api. Singapore Airlines dilaporkan mencatat keuntungan bersih S$44.7 juta (RM108 juta) bagi tempoh masa yang sama.

Perkembangan ini juga meyakinkan perlbagai pihak bahawa MAS tidak akan berupaya keluar daripada kemelut kerugian bagi tahun 2011 ini.

Apa yang mampu dilakukan oleh MAS adalah memantapkan barisan kepimpinan MAS, pengurusan kapasiti secara lebih baik, mengkaji aspek penjenamaan dan perlaksanaan harga dinamik.

Rakyat yang "tidak terkejut" dengan pengumuman kerugian MAS ini pastinya menunggu-nunggu bentuk tindakan lanjut Boss AirAsia, Anthony Fernandes yang menguasai 20.5% kepentingan di dalam MAS untuk membawa syarikat penerbangan yang "sakit" ini kembali ke landasan keuntungan. 

Bukan ingin merendah-rendahkan keupayaan bangsa sendiri, tetapi banyak GLC yang dipimpin "orang kita" telah menunjukkan pencapaian yang kurang memberangsangkan, rugi besar, dan tidak kurang juga yang "sakit" dan bungkus.

Sedangkan syarikat korporat yang dipimpin "bukan orang kita" (dan yang tidak menikmati pelbagai insentif dan kemudahan) pula dilihat lebih berdaya saing, mencatat untung dan boleh survive.

Hari ini, pengajaran daripada apa yang berlaku ke atas MAS adalah, GLC kita perlu bergantung kepada "minda usahawan" seperti Tony untuk datang "merawat sakit" serta menukar rugi kepada untung.

Big Q: mungkinkah di masa hadapan, kerajaan akan menggantikan "orang kita" dengan "minda usahawan" seperti Tony ini untuk menerajui GLC seperti Petronas (atau Proton - Tony dah ada Lotus), bertujuan melipatgandakan keuntungan dan sumbangan cukai kepada kantung kerajaan?

No comments: