Cuaca hari Sabtu lepas begitu baik membolehkan kami keluar berjalan-jalan. Destinasi kali ini ialah Carboot Finmere berdekatan Bicester.
Kami keluar agak awal, sekitar jam 8.00 am dan tiba di sana 40 minit kemudian. Ramailah orang, baik yang berniaga mahupun yang membeli.
Kunjungan kali ini kami fokuskan untuk mencari Doll House buat Mawaddah yang perlahan-lahan mula meninggalkan zaman bayinya (mainannya zaman baby telah sedikit demi sedikit kami bungkus, simpan dalam kotak).
Selain itu, kami turut singgah sebentar di gerai pakcik tua yang menjual setem, poskad dan wang (syiling dan kertas lama).
Pakcik ni memang peniaga tetap di carboot tu dan koleksinya setemnya amatlah banyak.
Tak tipu kalau saya kata kalau diluangkan masa 30 minit-pun tidak cukup untuk membelek koleksi setem-setem yang ada. Itu baru setem, belum lagi wang syiling dan kertas yang berlambak dijualnya.
Lepas satu kotak habis dibelek, pakcik tu akan angkat dan buka lagi kotak baru. Habis yang itu, diangkat dan dibuka lagi kotak yang baru, semuanya penuh setem sehingga rambang mata kami dibuatnya.
Untuk kunjungan kali ini, beberapa set setem lama dan baru (dan unik pada kami) telah dibeli. Berikut beberapa foto untuk dikongsikan bersama.
Setem negara Rhodesia (kini dikenali sebagai negara Zimbabwe)
Setem Republik Maluku Selatan
Setem negara Cuba
Setem campur (Senegal + Afrika Selatan, etc.)
Pakcik tersebut juga turut menjual banyak setem 'bungkus'. Harganya sama dengan yang di atas, kalau nasib kita baik, dapatlah banyak setem yang 'rare' dan berlainan. Kalau kurang baik, banyak setem yang baru dan sama.
Rezeki kami kali ini baik sekali. Setem bungkus yang dibeli mengandungi banyak Setem Malaya...
Setem Penang - Malaya
Setem Malaya: negeri-negeri Melayu
Terdapat juga setem lain seperti dari Ceylon, Cayman Island, Liban dan Iraq.
Setem Iraq ni unik kerana dicetak perkataan "In British Occupation"
Balik rumah, saya sempat meninjau di internet melihat pasaran untuk Setem Malaya. Saya simpulkan harga sekeping setem Malaya yang dijual di internet di antara RM10 - RM25 adalah baik. Namun, kami lebih cenderung untuk menyimpannya sebagai koleksi dan hobi.
(nota: harga setiap set setem @ 1 bungkus setem dijual pada harga hanya 50p)
No comments:
Post a Comment