Tuesday, 2 August 2011

PR dapat Mykad?

Memetik laporan oleh MalaysiaKini.

Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

NONEDia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.


Nota kaki:

1) Harapnya pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengesahkan/menafikan kebenaran artikel oleh MalaysiaKini ini secepat mungkin.

2) Membuka pintu kewarganegaraan melalui cara yang dilaporkan ini pada saya adalah sesuatu yang amat merbahaya kerana ianya secara langsung memperjudi-kan kedaulatan negara kita.

3) Pihak yang melakukan perbuatan ini (jika benar) adalah sebenarnya pengkhianat negara, yang mana melalui tindakan sebegini akan menggugat keamanan negara secara langsung.

4) Bukan tidak dibenarkan kepada orang luar mendapat taraf warganegara, tetapi prosedurnya-kan telah sedia wujud dan wajar dituruti.

5) Janganlah nanti terjadi seperti kata pepatah "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Hak yang menjadi warganegara sendiri-pun tidak sepenuhnya terbela, hendak diagihkan pula kepada orang lain (yang entah sapa-sapa kerana tidak melalui prosedur yang betul).

Apa nak jadi....

No comments: