Monday 15 August 2011

QPR+Anthony Fernandes?

Sebelum ini saya ada buat posting bertajuk "Jenama-Jenama Malaysia di Liga Inggeris" dan pada perenggan yang akhir saya ada menyentuh berkenaan suatu "kemungkinan" dengan mengaitkan usahawan Malaysia, Anthony Fernandes, (a.k.a pemilik saham di 5 syarikat penerbangan, pasukan Formula 1, Tune Hotel, Tune Money, dan Telekomunikasi).

Hari ini, akhbar portal theMalaysianInsider pula melaporkan "AirAsia boss poised to take over QPR today".

 sumber foto: sini

Mengulas lanjut perkara yang sama, Anthony dikhabarkan telah semakin hampir untuk mengambilalih saham majoriti di dalam QPR, kelab bola sepak yang kini sedang bersaing di dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).  


Akhbar the Financial Times dan the Guardian dari UK hari ini juga melaporkan Anthony begitu berharap dapat memeterai perjanjian bagi membeli 51% pegangan saham kelab bola Barat London itu dari pemegang majoritinya sekarang iaitu pemilik Formula1, Bernie Ecclestone.


Akhbar the Financial Times juga menyebut bahawa taikun besi-keluli India, Lakshmi Mittal (pemilik Mittal Industries), yang sekarang telah memegang 33% saham dalam QPR, turut berminat membeli baki daripada 62% saham pegangan Ecclestone (selepas pembelian oleh Anthony kelak).


Masih mengenai bola sepak, Anthony sebelum juga turut dikhabarkan telah berkali-kali cuba membeli West Ham United, kelab bola terbesar di Timur London, tetapi gagal.


Dan di sebalik keghairahan untuk menyaksikan empayar perniagaannya berkembang luas, wujud kebimbangan termasuk dari dalam AirAsia sendiri sekiranya Anthony benar-benar "stretching himself too thin" (memaksa diri).


Ini kerana dikhuatiri dengan "minat" terbaharu beliau ini, tumpuannya terhadap "kawalan kos" yang beliau sendiri kenalpasti sebagai kunci bagi kejayaan jangka-panjang model perniagaannya bakal terjejas.


Terjemahan dan penambahan dari theMalaysian Insider.

No comments: