Alhamdulillah, tengah hari ini cuaca cerah, sekalipun kerap berangin.
Pulang dari Tesco, Mawaddah yang tadinya begitu 'bising' semakin tidak senang duduk.
Keluar kereta terus sahaja berlari-lari mengelilingi laman belakang, sambil bermain bola (ada 2 bola sepak dan 1 bola tenis - entah macam mana boleh tertendang masuk ke laman kami pun tak dapat dipastikan).
Kenal huruf dan Mengeja
Sejak pandai bercakap ni, boleh kata jarang sekali dia mendiamkan diri waktu duduk dalam troli. Di Tesco:
- Lalu tempat jual makanan kucing, 'cat!' 'cat!'
- Lalu tempat jual makanan anjing, 'dog!', 'dog!'
- Lalu tempat jual bunga, 'flower!', 'flower!'
- Lalu tempat jual ikan, 'fish!', 'fish!'
Dan andai saya 'ter'lalu tempat menjual permainan; mulalah dia menyanyi bermacam lagu yang dia tahu.
Yang paling saya suka layan adalah apabila troli kami melalui tempat menjual bijiran sarapan (breakfast cereal) kerana dia akan minta saya berhentikan troli untuk mengeja perkataan-perkataan pada kotak cereal tersebut.
Ini kerana kebanyakan kotak cereal menggunakan tulisan besar - mudahlah dia kenal dan sebut.
Jenuhlah pulak makcik-makcik yang nak beli cereal, kena tunggu kat belakang sementara Mawaddah habis mengeja!
Siapkan Tapak Untuk Berkebun
InsyaAllah, pertengahan bulan April ini, kerja-kerja menanam sayur dan herbs akan dimulakan. Buat masa ini masih ada sedikit frost (touch of frost) pada awal pagi.
Tahun ini rasanya kami akan mengurangkan jenis sayur yang akan kami tanam, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.
Bukan kerana bajet tidak cukup, tetapi ingin menumpu kepada sayuran yang kami tahu jaga dan hasilnya 'berbaloi'.
Inilah tanah yang sekangkang kera Pak Abu di belakang rumah
Yang kotak sebelah kiri tu adalah pokok strawberry tahun lepas punye
Batas yang baru digemburkan tanahnya - menggunakan spade
Belum apa-apa, Mawaddah dah sibuk nak siram air...ish,ish,ish
Bunga kuning (tidak diketahui spesis apa)
Salah satu lagi spesis bunga misteri
Sarang 'tebuan' - jangan dijolok ye!
Juga dianggap spesis bunga misteri
Close-up
Bunga pokok epal juga mula nak keluar...oh epal!
Jangan...jangan jolok rumah tebuan tuuuu...hoho
Jenuh saya tunjukkan cacing (penghulu cacing kot!) kat dia, tetapi apakan daya, Mawaddah terlalu asyik dengan kayu kecik dia.
Saya suruh dia 'kuit' cacing ni pakai kayu, terus dia lari pergi main sepak bola...
Kalau besar macam ini, tandanya tanah itu subur....
Sekian buat masa ini.
nota:
- youtube dan blog-blog nampaknya mula dibanjiri dengan klip video seks (versi pendek).
- harap Polis segerakan siasatan terhadap kes ini. Sungguh disturbing - kata orang puteh!
No comments:
Post a Comment