Wednesday, 26 August 2009

Pasca Permatang Pasir: Suatu analisa

Dua perkara:

PERTAMA

Saya tidak tahu apa pendapat anda berkenaan hal ini. Namun, jika ditanya saya artikel ini (klik) boleh saya anggap menyediakan kupasan 'paling logik' berkenaan tajuk posting ini.

Saya tidak pernah kenal siapa Amin Ahmad (bekerja di Malaysia Think Tank) dan tidak pernah langsung mengikuti sebarang ulasan, kupasan dan cetusan pemikiran beliau sebelum ini.

Apapun, setelah membaca (dibacakan) artikel beliau berkenaan pasca Permatang Pasir, ini saya merasakan 'ada relevennya' beberapa hujah yang telah beliau kemukakan.

Artikel ini agak panjang, tetapi mungkin berbaloi untuk sesiapa yang berminat.

=================

KEDUA

Berkenaan tindakan Ketua Pemuda PAS (KPP), Ustaz Nasaruddin Hassan yang 'membuka cerita' berkenaan sisi lain kehidupan (rumahtangga) bekas calon UMNO, saudara Rohaizat yang dikatakan memiliki isteri ke-2, yang tinggal di Pahang dan lebih teruk lagi (menurut KPP), dia diabaikan Rohaizat.

Pendedahan ini telah berlegar ke banyak blog pro-PR sepanjang tempoh kempen PRK PP baru-baru ini. Anda mungkin telah membacanya juga.

Saya ingin tahu sejauh mana KPP telah 'menutup lubang' setelah 'menggali lubang'. Pada saya KPP seharusnya berusaha hingga ke penamat dengan mendapatkan pembelaan dan penyelesaian sebaiknya buat 'isteri kedua' itu.

Janganlah setelah membuka aib orang dan mendedahkan wanita tersebut dengan hal-hal rumahtangganya sehingga menjadi cerita umum, kemudian setelah PAS menang, isu dan pendedahan ini tenggelam bersama kemenangan tersebut.

Tiada guna menggali kisah peribadi orang, mempromosinya (sama ada dengan punya kepentingan tertentu mahupun kerana niat yang ikhlas) dan kemudian setelah matlamat (parti menang), pihak/orang yang dijadikan modal itu, terbiar tanpa halatuju dan pembelaan yang wajar.

Namun, jika KPP sendiri telah membuat tindakan susulan untuk membela wanita terbabit menurut lunas-lunas Islam (beliau sebagai pemimpin Islam yang faham akhlak muslim), dan membantu menyelesaikan kes tersebut (jika benar dia isteri ke-2 yang diabaikan), makanya Syabas buat KPP saya ucapkan.

=================

Wassalam.

No comments: