Sunday 12 August 2012

Berkunjung dan melihat produk asas herba hasilan IBD UTM

Sewaktu singgah ke bilik Pn Zu sebentar tadi, kami telah dipromote oleh beberapa produk berasaskan herba yang dikeluarkan oleh Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) UTM iaitu kapsul minyak kelapa dara dan krim mandian. Untuk info, IBD UTM Kuala Lumpur ini dahulunya dikenali sebagai CEPP (Chemical Engineering Pilot Plan - Loji Pandu Kejuruteraan Kimia), berpusat di UTM Skudai.


Kami dimaklumkan Pn Zu lagi bahawa bersempena Hari Raya (dan staf dapat bonus), IBD membuat jualan produknya (penghabisan stok) pada harga istimewa. Bagi staf UTM juga turut ditawarkan diskaun yang menarik.

Rasanya ini merupakan kunjungan saya kali yang ke-2 ke M4 (kali pertama ketika ia masih di bawah label CEPP yang dijadikan pusat mengendalikan kursus serta latihan buat para pengusaha spa dan khidmat kecantikan).

Terdapat barisan produk berasaskan tumbuhan dan herba dipromosi dan tersedia untuk dijual termasuklah minyak kelapa dara, coklat herba, kapsul tongkat ali dan kacip fatimah, krim mandian, krim rambut, baja organik dan beberapa produk lagi yang tidak saya ketahui namanya.



Industri perusahaan produk kesihatan berasaskan herba bukanlah asing bagi saya. Bahkan ianya telah menjadi kecenderungan dan minat saya sehingga diterjemahkannya ke dalam penghasilan projek Sarjana Muda saya tahun 2003 yang lepas (disertasi mengenai perusahaan herba luar bandar). Waktu itu, saya turut berpeluang melawat CEPP dan melihat sendiri fasiliti R&D, makmal, jentera yang dibangun dan dimiliki UTM, di samping dapat melihat bagaimana proses penghasilan produk dijalankan.

Yang boleh saya katakan adalah, produk yang dikeluarkan oleh IBD ini insyaAllah bersih (berpandukan piawaian pengilangan baik), melalui kajian dan ujian secara saintifik di makmal tempatan dan luar negara. Malah, TIADA "janji-janji pelik" mahupun jaminan sebagai penawar 1001 penyakit disertakan pada setiap produk untuk menarik pengguna.

Selain boleh dibeli secara terus dari IBD sendiri, pengguna yang berminat boleh melayari laman web living active di sini: KLIK


1 comment:

Unknown said...

salam mohon guna gambar di atas utk d ltkkan dalam page saya Ekstrak Kacip Fatimah-stokis.tk