Saturday 7 May 2011

Utusan Malaysia perlu cermat


Saya berpandangan Utusan Malaysia telah secara berterusan menanamkan rasa gusar, takut dan resah ke dalam hati dan sanubari setiap rakyat Malaysia, tidak kira kaum, melalui tajuk, penulisan dan pelaporan yang mereka buat.

Malanglah bagi sekolah dan pelajarnya yang terlibat menerima langganan Utusan Malaysia dan membacanya.

Bayangkan tajuk sebegini boleh dilulus terbit, apakah jaminannya pada masa hadapan, akhbar ini menyelitkan pula DVD percuma seperti amalan surat khabar di UK sini.

Pasti ramai pelajar dan murid di sekolah yang menerima langganan percuma Utusan berkesempatan menonton DVD lucah yang dikatakan milik seorang pemimpin pembangkang yang kini sedang dalam siasatan pihak Polis (menggunakan laptop 1Malaysia yang dibekalkan).

Apa yang ditulis (seperti tajuk di atas) ini saya lihat telah menolak batas sensitif perkauman dan agama di Malaysia, yang selama ini sedaya mungkin tidak diungkap dengan terang lagi terbuka, ke suatu tahap yang boleh mengundang penolakan/protes rakyat yang berbilang kaum.

Setelah 50 tahun kita 'bebas' saya andaikan kita telah matang untuk berfikiran rasional bahawasanya, apa jua yang berlaku hakikat yang perlu diterima adalah kaum lain yang bukan Melayu (Cina, India) telah menganggap Malaysia ini tempat lahir mereka, dan bukannya negara China atau India.

Hakikatnya juga, kita tiada pilihan selain belajar untuk hidup bersama - bukannya mengapi-apikan sentimen supaya masyarakat berpecah-belah!

Sebab yang salahnya bukan Melayu, bukan Cina mahupun India, ianya "dasar pecah dan perintah" yang digunakan penjajah British sehingga parutnya masih kita lihat sampai ke hari ini.

Berbalik kepada point asal, apakah langkah "tidak cermat" Utusan yang berterusan mensensasikan isu-isu sebegini suatu yang bijak? Suatu yang boleh menyumbang ke arah perpaduan antara kaum dan menjayakan agenda 1Malaysia Najib?

Sekali tengok laporan sebegini saya jadi susah hati. Dua kali tengok pula, macam haram! 

Kalau yang terbitkan berita dengan tajuk di atas, dan tanpa bukti yang kukuh ini bukannya Utusan Malaysia, rasa anda apakah yang akan terjadi kepada syarikat akhbar tersebut?

No comments: