Kejatuhan harga minyak membimbangkan
2011/05/17 - SUMBER
SINGAPURA: Harga minyak dalam dagangan Asia merudum hari ini, berikutan permintaan yang membimbangkan dan dijangka berterusan sehingga memberi kesan terhadap sentimen bahan bakar itu.
Kontrak utama New York, minyak mentah light sweet untuk Jun jatuh 26 sen kepada AS$97.11 setong dan minyak mentah Brent North Sea selesa pada 14 sen kepada AS$110.70.
Kedua-dua kontrak itu ditutup lemah dalam dagangan Amerika Syarikat (AS), semalam. - AFP
Nota kaki:
1) Andainya harga pasaran minyak negara kita bergantung kepada apa yang berlaku di Amerika, adalah wajar juga sebarang penurunan harga minyak yang berlaku di Amerika seperti hari ini, turut "terkesan" di Malaysia, iaitu harga minyak kita turut diturunkan.
2) Baru-baru ini Amerika menurunkan harga minyak seketika sebelum kembali dinaikkan. Kebanyakan negara maju dilihat mempunyai dan mengimplimentasi mekanisme bagi menaik dan menurunkan harga minyak berpandu kepada pasaran. Tetapi Malaysia tidak begitu jelas, terutama dalam aspek untuk menurunkan harga (bab naik harga cepat, tetapi respon terhadap penurunan harga, perlahan, malah tidak kedengaran).
3) Adakah subsidi minyak/bahan bakar boleh disamakan dengan "candu"? Dan andainya dipersetujui ianya sebagai candu, apakah dengan menghukum penagih candu (rakyat) semata dapat menyelesaikan masalah?
4) Di dalam kes dadah, tangkap penagih ada memberi kesan tetapi alangkah baiknya jika "si pengedar" dadah itu yang dicekup terlebih dahulu, dan barulah terputus rantaian pengedaran dadah tersebut?
5) Soalannya sekarang, apakah untuk menyekat candu daripada sampai kepada penagih, atau mencekup pengedar candu yang lebih utama?
Sekian
No comments:
Post a Comment