Petang tadi, kira-kira jam 3pm saya menunggu bas City4 ke bandar kecil Oxford. Tidakpun sampai 15 minit, saya sudah berada di hadapan Macdonald Randolph Hotel, yang merupakan antara hotel "lama" lagi terkemuka di Oxford.
Kelihatan di pintu masuk hotel, ramai bebudak muda berpakaian segak, berkot, bertali leher dan kasut berkilat.
Pakcik (a.k.a sayalah tu), dengan berseluar jeans biru, dan berkasut kulit coklat (ala caca-marba) dan berkot, selamba memasuki hotel dan terus ke ballroom, mendaftar diri di upacara minum teh bersama Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, yang kini sedang rangka lawatan 2 hari beliau dan 1Lady* ke UK.
Semasa mendaftar, setiap peserta akan diberikan senaskah buku "Jawapan Najib" secara percuma
Kunjungan PM adalah di atas pelawaan OXCIS (Oxford Centre for Islamic Studies) dengan 2 acara penting telah diatur iaitu (1) majlis "menge-teh" di Randolph Hotel, dan (2) syarahan oleh PM yang bertajuk "The Coalition of the Moderate and Inter-Civilization Understanding" bertempat di Sheldonian Theatre.
Hadirin pada sessi menge-teh adalah kumpulan pelajar/cendekiawan/penuntut dari Oxford dan Cambridge University, serta wakil dari UKEC dan pihak kedutaan Malaysia di UK.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Duta Malaysia (yang pertuturan English-nya sedikit saya sangsikan), dan disusuli dengan ucapan PM.
PM sedang berucap, pakcik pula sedang melahap
Sejurus itu, hadirin diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada PM (5 soalan jika tidak silap). Semuanya soalan "baik-baik" dan jawapannya sendiri sudah boleh anda agak.
Apapun memang sesuatu yang menarik untuk hadir ke majlis seumpama ini. Majlis meraikan pemimpin negara.
Kira-kira sejam kemudian, PM berangkat keluar, untuk bergegas ke Sheldonian bagi menyampaikan syarahan pula.
Di majlis itu juga saya sempat mengecam muka beberapa tokoh korporat dari Malaysia yang ikut serta rombongan PM seperti "big boss" CIMB, Nazir Razak, "taikun" Tune Group dan AirAsia, Anthony Fernandes dan Kamarudin Meranun serta ex-CEO Media Prima, Ahmad Farid Ridzuan.
Nazir Razak antara kehormat yang paling awal tiba
Belakang, dari kiri (Farid, Anthony & Kamarudin yang bertopi merah)
Sayangnya hasrat bertemu dengan 1Lady tidak kesampaian kerana beliau tidak muncul bersama PM.
Tetapi kisah mengenai 1Lady ini akan saya ketahui jua kelak melalui maklumat beberapa "saluran tempatan" yang lazim saya dok bersembang.
Diharapkan dengan lawatan PM ini, kompleks OXCIS yang baru di Marston Road itu dapatlah disiapkan lebih cepat, kerana hampir 13 tahun ianya dirancang dan dibina, tetapi masih tidak siap-siap belum siap, hingga kompleks masjidnya tidak dapat memanfaatkan kariah di sekitar Marston dan Oxford untuk bersolat/beribadat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment