Friday 20 May 2011

Ringkas: ROS, hanya surat tunjuk sebab

Semalam, hari yang agak sibuk, tetapi selepas meeting, saya sempat menjengah laman sesawang untuk "mengambil tahu" sebarang perkembangan terbaharu.

Hangat juga terutama apabila membaca laporan di media alternatif dan bloggers berkaitan pemberian "Surat Tunjuk Sebab" oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

ROS meminta PKR membalas surat tunjuk sebab memandangkan wujud beberapa perkara yang tidak begitu jelas pada pandangan dan pertimbangan pihak ROS.

Respon dari PKR, terutama oleh Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution pula lebih cepat melenting panas dengan mengadakan sidang media dan pelbagai "statement" dikeluarkan di media.

Perkara yang asalnya suatu yang lazim dan "straight forward" untuk sesebuah pertubuhan yang berdaftar dengan ROS (iaitu apabila terima Surat Tunjuk Sebab dan PKR perlu 'jawab' Surat Tunjuk Sebab), bertukar menjadi isu panas (atau cuba dipanaskan), seolah-olah ROS telah mengemukakan satu "Surat Pembatalan" kepada PKR!

Daripada pernyataan Saifuddin di media semalampun, sudah cukup "point" bagi dijadikan jawapan untuk dimasukkan ke dalam Surat Tunjuk Sebab oleh ROS, tanpa perlu ianya dipolimekkan sebegitu rupa, sehingga boleh mengundang pelbagai sangka buruk kepada mana-mana pihak.

Harapnya perkara ini akan selesai dan segala polimek dapat dihentikan segera, bilamana PKR mengemukakan jawapan kepada ROS dalam jangka masa terdekat.

No comments: