Tuesday, 22 June 2010

Mawaddah: mengamuk di taman

Ketika cuaca baik minggu lepas kami membawa Mawaddah ke taman permainan yang berdekatan dengan rumah (di South Pak).

Kasihan juga dia hanya bermain-main di laman belakang. Sekali-sekala eloklah bagi dia pendedahan dan mencuba permainan baru pula.

Orang tidak begitu ramai, dan alat permainannya bagus

Budak yang tak hirau sejuk

Berhenti untuk mengisi tangki (menangis sebab terpaksa berhenti sebentar bermain)

Agak lama bermain buaian, kami pujuk dia ke padang yang lebih luas untuk dia berlari-lari. Rumput pula baru dipotong. Selesalah sikit.

Apabila cuaca baik, maka ramailah orang dok bersidai

Kabur - 'skyline' bandar Oxford dari South Park

Baru lepas mengamuk sebab tak nak balik

Kira merajuk la tuh...

Biarpun saya berjalan meninggalkan dia agak jauh, dia masih buat 'keras'. Akhirnya, kenalah kami pujuk dia.

Harapnya cuaca kekal baik sepanjang minggu ini agar kami berpeluang lagi ke taman membawa Mawaddah bermain-main.

1 comment:

umiZue said...

wah mawaddah... makin comel & bijak.. xpuas tu main kat south park tu.. biase lah, budak2.. =)