Thursday 24 June 2010

Asri masuk UMNO Jumaat/esok?

Banyak khabar angin yang bertiup sepanjang minggu ini berkisar mengenai kemungkinan berlaku penghijrahan 'ramai' ahli bijak pandai (termasuklah alim ulama), ke dalam UMNO.

Daripada mereka yang dikatakan 'mungkin', yang paling kerap disebut-sebut adalah nama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri (MAZA).

Memandangkan tiada sebarang bukti yang kukuh dan jelas, melainkan cakap-cakap bloggers yang memetik 'sumber yang boleh dipercayai', etc., adalah sukar untuk mengiakan mahupun menidakkan perkara ini.

Tetapi ada orang bertanya saya mengenai hal ini dan berpandukan pengamatan saya, rasanya Asri mungkin tidak akan termasuk dari senarai mereka yang akan melakukan pengumuman hari esok.

Begitupun, saya tidak menafikan akan ada mereka dari golongan cerdik agama yang akan masuk dan berjuang untuk UMNO.

Lebih daripada itu, saya tidak ada pengetahuan untuk mengulas lanjut.

No comments: