Alhamdulillah, cuaca begitu baik sepanjang hari ini (malah sepanjang minggu ini juga!).
Sekali lagi kami meluangkan masa (dengan bersama-sama Ruslan sekeluarga - Rosly tidak berkelapangan) beriadah di South Park yang terletak berdekatan rumah.
Kami tiba awal berbanding Lan, makanya, puas hati jugalah Mawaddah bermain-main buaian.

Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab kali ini Mawaddah berkelakuan baik dengan tidak lagi mengamuk, mahupun menangis semasa ingin balik ke rumah.
Tiba di rumah saya menyiram tanaman yang ada di laman belakang. Setelah diperhati dekat nampaknya strawberi kami mulai masak (jadi warna merah, haha). Manakala salad dan sayuran lain juga turut boleh dituai hasilnya.

No comments:
Post a Comment