Dalam satu pertemuan singkat saya dengan John di OISD (Oxford Institute for Sustainable Development) semalam, beliau telah memaklumkan saya berita mengenai kepulangan Dr Supian Ahmad, bekas pensyarah saya yang juga mantan dekan FAB, UTM, ke rahmatullah.
Menurut blog Dr Anuar Amir, Allahyarham kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 11 Jun. Moga Allah tempatkan roh Allahyarham di kalangan orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh.
Pengalaman beliau mengajar saya sewaktu zaman buat 'degree' dulu akan terus saya ingati dan kenang. Moga dengan segala ilmu (YANG BERMANFAAT), yang telah arwah curahkan kepada anakl-anak didiknya semasa hayatnya, akan menjadi teman/saham/bekal/ yang berkekalan bagi menempuh alam sana.
Al-Fatihah.

2 comments:
Salam Dr Hisham, Bila nak balik Malaysia? Semuga berbahgia bersama keluarga di UK. Warga FAB menanti idea-ldea bernas anda. Wassalam.
Wsalam Dr Anuar, kalau ikutkan hati memang nak balik Malaysia sekarang, apapun jika tiada aral, insyaAllah sebelum akhir tahun ini (harap dipermudahkan). Moga2 Dr juga sihat, sejahtera hendaknya, begitu juga seluruh keluarga di sana.
Saya akan menjemput Dr Ibrahim dari Stansted Airport Ahad ini, bermalam di rumah kami dan akan ke OISD Isnin esoknya. Harapnya ada perkembangan positif daripada kerjasama UTM dan OISD/Brookes ini.
Post a Comment