Monday, 28 June 2010

Daftar pengundi baru: semua perlu main peranan

Nota kaki:

1) Pandangan ikhlas dan sebagai respon terhadap penulisan ini (Umno: Punca Melayu tidak daftar), yang memetik bicara oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

2) Perlukah diingatkan lagi bahawa PAS kini bukan lagi pembangkang, malah sudah menjadi pemerintah di dua negeri (Kelantan dan Kedah)?

3) Justeru, mengeluarkan pernyataan sebegini secara jujurnya saya umpamakan sebagai 'meludah ke langit, terkena muka sendiri' juga.

4) Jika Ketua Penerangan PAS menyalahkan kerajaan pusat di bawah Umno sebagai punca orang Melayu 'lesu' dan menjauhkan minat dari berpolitik, apakah PAS sendiri telah mengambil inisiatif berkesan bagi mengisi 'ruang kosong' yang ditinggalkan Umno ini? Atau PAS juga sibuk berpolitik, sama sebagaimana Umno juga?

5) Mari kita cuba jadi realistik. Sekarang masalahnya telah kita tahu (iaitu pendaftaran pengundi baru dari kalangan Melayu adalah jauh lebih rendah berbanding kaum bukan Melayu). Seterusnya, apa yang harus semua pihak lakukan?

6) Apakah dengan menuding jari kepada pihak lain akan menyelesaikan masalah orang Melayu ini (sama ada ahli PAS, UMNO, PKR, NGO dan lain-lainnya)?

7) Saya berpandangan semua harus menegur dan ditegur mengenai perkara ini, bukannya saling menyalah dan dipersalahkan. Tidak selesai masalah.

8) PAS wajar belajar daripada rakannya di dalam PR iaitu DAP mengenai 'metod' yang mereka gunapakai sehingga diakui oleh SPR (Suruhanjaya PilihanRaya) sendiri sebagai parti yang paling agresif menjalankan pendaftaran pengundi baru (sumber).

9) PAS tidak boleh lagi melihat dirinya sebagai pembangkang (buang mentaliti pembangkang) - terutama bersifat nak salah pihak itu dan ini setelah timbulnya sesuatu isu. Sudah lama sebenarnya PAS yang perlu ke hadapan, memimpin perubahan.

10) Ketua Penerangan juga wajar mengubah 'mind-set' agar melihat dan mengupas sesuatu isu itu dari konteks yang lebih berseimbang - ada sisi positif dan sisi negatifnya. Ada masalah, dan ada kebarangkalian untuk menyelesaikannya.

Wassalam

No comments: