Friday 23 April 2010

Takat mana nak kaya?

Tidaklah saya tahu seramai 2 Donald Trump + 4 Roman Abromovich + 2 Bernie Ecclestone diperlukan bagi menyamai kekayaan Bill Gates.

Tidaklah juga saya tahu setelah hampir 14 tahun bertakhta sebagai manusia paling kaya di dunia, Bill Gates akhirnya menyerahkan takhtanya di tahun 2010 ini kepada saudagar telekomunikasi terkemuka dari Mexico, Carlos Slim Helu (sumber).

Helu bagaimanapun hanya $(bn) 0.5 lebih kaya berbanding Gates yang berada di tangga ke-2 dengan kekayaan terkumpul $(BN) 53.

Tiadakah orang Islam yang kaya? Ada. Berada di tangga ke-19 dengan kekayaan $(bn) 19.7, adalah Putera Alwaleed Bin Talal Alsaud dari Arab Saudi.

Lain-lain saudagar kaya dari Liga Muslim adalah Azim Premji dari India dengan kekayaan semasa $(bn) 17 (sumber).

Cumanya, saudagar yang tidak masuk di dalam mana-mana senarai adalah 'saudagar mimpi' macam saya...hoho...

Wassalam.

No comments: