Sunday, 25 April 2010

SENAK berhujung minggu

Assalamualaikum. Harap semua sihat dan sentiasa dirahmati Allah hendaknya.

Heheheh....bertemu kembali bersama saye...

Alhamdulillah, lihat cuaca petang hari Jumaat ni, cerah betullah...

Nah, Ayah ambik satu, Mawaddah ambik yang satu lagi ni... kita berkebun!

Hari ni, Ibu akan pindah anak benih herbs ke bekas tanaman lebih besar...

Dahaga pulak tekak i ni...cuaca panas pulak tu

Guk...glup...glup....

Burp!...Ahhhh..leganyaaa...(khayal)



Hasil kerja sepetang - pindahkan anak Spinach (salad), Mixed Lettuce, Coriander

Semalam kami ke Carboot (macam biasalah). Berbeza dengan minggu sebelumnya, rezeki tidak begitu baik minggu ini.

Barang yang dicari, tidak ada. Jikalau adapun, keadaannya tidaklah begitu menyenangkan hati untuk membelinya.

Koleksi beberapa rumah teko (untuk nenek Mawaddah)

Windsor Castle - dibentuk di dalam satu model mini. Terperinci dan cantik

Rumah teko untuk nenek - jika tidak jelas melalui video tempoh hari

Yang lain, 'sejenis' dengan yang tadi...

Tengah hari tadi kami ada buat makan-makan sedikit di rumah.

Di dalam masa yang terhad, sempatlah menjemput beberapa kenalan yang tinggal berdekatan untuk sama-sama di dalam SEsi Ngeteh Antara Kawan (SENAK).

Motif utamanya adalah menjemput Ustaz berdemo.

Demo kaedah pemakaian ihram sempena pemergian kami sekeluarga menunaikan Umrah ke Tanah Suci, insyaAllah awal bulan Mei nanti.

Terima kasih juga kepada Rosly dan Ruslan sekeluarga yang sudi datang SENAK dan sesi sembang-menyembang tadi.

Bukan setakat sembang kosong, internet pun ade kat tepi sambil-sambillah melihat keputusan PRK Hulu Selangor.

Tahniah kepada kedua-dua pihak. Tetapi bak kata seorang sahabat, dalam kegembiraan pihak yang menang merayakan kemenangan mereka, di masa yang sama juga kejayaan UMNO membantu MIC ini harus juga dilihat (secara rasionalnya) sebagai menghilangkan satu lagi suara MP Melayu/Islam di Parlimen.

Natijahnya, pada masa hadapan jikalau wujud apa-apa situasi dan sebarang keputusan untuk mempersoal/mengurangkan/menghapuskan hak orang Melayu/Islam kelak, 'anda-anda' yang mengundi pemimpin hari inilah yang turut perlu bertanggungjawab.

Sahabat saya buat contoh (ini contoh sahaja): Jika tidak lama lagi akan ada usaha membuka MARA kepada bukan Melayu, dan ianya dibentang dan (malangnya akan) diluluskan di parlimen, setelah bilangan undi MP bukan Melayu lebih ramai bersetuju berbanding yang menentang.

Akan hilanglah satu lagi 'tongkat'. Maka terima kasihlah kepada para pengundi Melayu di bawah sana hari ini yang 'memilih' untuk sedikit-sebanyak membantu proses 'membuka' MARA (contoh sahaja).

Sahabat saya ini bukan ingin bangkitkan hal perkauman, dan tidak juga berniat mempersoal niat baik dan komitmen sesetengah pemimpin bukan Melayu/bukan Islam di dalam hal membela Melayu/Islam ini, tetapi saya secara peribadinya berpandangan hal orang Melayu/Islam, adalah lebih wajar ianya diserah kepada pemimpin Melayu/Islam.

Sahabat ini bagi lagi contoh: Katakanlah seorang pemimpin Melayu/Islam itu pernah melakukan dosa seperti minum arak, berjudi, ada simpan perempuan, etc.

Jika kita tanya pada dia "apakah anda sanggup membakar masjid?". Tentu jawabnya dia "tidak sanggup!". Biarpun hidup dengan dosa (dan mungkin ada yang telah bertaubat), tetapi di hati kecilnya masih terdetik rasa takut untuk berbuat sedemikian. Namun, apakah pula jaminannya pada pimpinan yang tiada 'attachment' hatinya dengan Islam (yang tidak pernah melafazkan Syahadah)?

Selain berdemo, banyak perkara yang disembang. Tolak bicara pasal kereta, rasanya yang lain-lain semua diperbincang dan diperdebat, dalam suasana yang baik dan semua orang hormat-menghormati pendapat masing-masing.





Dengar khabar, mungkin dalam jangka terdekat ini akan direalisasikan usaha penubuhan Perkasa UK (Eropah?). Betul ke?

Bukannya berminat nak masuk Perkasa, cuma di peringkat awal-awal ini amatlah wajar rasanya Perkasa ini diterangkan secara jelas kepada masyarakat memandangkan buat masa ini ramai melihatnya sebagai NGO yang bersifat 'perkauman' dan 'pro-UMNO'.

Pada saya, jika Perkasa mahu 'bebas dan dihormati', ketuklah kelemahan UMNO di dalam 'menguruskan' orang Melayu di Pulau Pinang dan ketuklah kelemahan PAS di dalam mengurustadbir perihal Melayu di Kelantan. Ketuklah juga isu-isu yang menggugat keperluan orang Melayu, biarpun ianya datang daripada rakan UMNO dalam BN.

Baru ada akai! Terima kasih.

No comments: