Wednesday, 14 April 2010

Penangan Palanivel

Ribut dalam belanga?

Bahagian PR telah selesai. Zaid Ibrahim secara sah dan rasminya dicalonkan sebagai wakil PR-PKR untuk kerusi P94 Hulu Selangor pada PRK, 25 April ini.

Semua mata kini terarah kepada kem BN pula dengan situasi di dalam MIC sedikit 'panas' dengan dijangka akan lebih banyak aksi yang seumpama babak dalam drama bakal disaksikan.

Bagi yang sudi membaca apa yang sedang hangat mengenai bakal calon MIC dari sumber alternatif (Malaysiakini) sila klik tajuk-tajuk berita di bawah:

1) MIC threatens to sack Mugilan (klik)
2) Hulu S'gor MIC branches issue 'final' ultimatum (klik)
3) S'gor MIC demands that BN picks Palanivel (klik)

Nampaknya semua tajuk berita bersifat negatif, malah mungkin laporannya juga bersifat berat sebelah. Tapi tipikal-lah media Malaysia, ada ke akhbar yang betul-betul telus? (sekadar bertanya...)

Yang saya yakin, dalam dunia hari ini tiada lagi istilah "jika tiada angin, masakan pokok bergoyang".

Sekarang ini, ada angin ke, tiada angin ke, atau hanya sekadar 'khabar angin' ke, semuanya bergoyang.

Bertiup ke sebelah sana, melambai-lambai isu APCO, bertiup sebelah sini bergema pula isu pengkhianat bangsa.

Sekarang orang ramai tidak perlu bersusah-payah nak cari berita, tunggu saje angin yang lalu.

Namun, sedikit berbeza pula dengan situasi dalaman MIC terutama dalam isu memuktamadkan calon mereka untuk berentap di Hulu Selangor ini.

Apa tidaknya? Angin perubahan yang dicanangkan PM melalui agenda 1Malaysia beliau, kini nampaknya bertukar menjadi ribut dalam belanga untuk BN-MIC sendiri di Hulu Selangor.

Siapa untung?

PR untung? Mengapa pula PR yang untung? Zaid Ibrahim bukannya anak jati/tempatan Hulu Selangor. Usahkan Hulu Selangor, negeri Selangor pun bukan. Zaid orang Kelantan.

Kriteria 'anak tempatan' sudah tiada pada Zaid.

Ramai (kononnya) di peringkat akar umbi ('masyarakat di situ') mahukan orang muda, bak kata Encik KJ kita (rujuk - sini dan sini).

Pokoknya, mahukah S. Velly dan orang besar MIC melapangkan telinga mendengar 'khabar-khabar angin' ini?

Sekali lagi kriteria 'orang muda' tiada pada si Zaid.

Tapi kalau tanya pada saya, jawabnya pengundi yang telah 4 penggal memberi undi kepada Palanivel, kini inginkan 'muka baru'.

Tidak kiralah 'muka tua' atau 'muka muda', janji 'muka baru'.

Tetapi al-kisahnya sekarang, mengapa sukar bagi MIC menampilkan 'muka baru'? Sudah ketandusan barisan pemimpin baru ke MIC? (Ini Tok Samy kena ulas lah).

Nak nilai calon @ nak nilai parti?

Semasa Pak Isa Samad (oh, by the way selamat pengantin baru Pak Isa) bertanding di Bagan Pinang, pimpinan UMNO-BN heboh meyakinkan para pengundi dan rakyat jelata bahawa pilihlah parti.

Ini kerana siapa calon pun yang dipilih parti, adalah 'pekerja' parti.

Sebabnya, kalau nak dikira 'track record' Pak Isa, senak jugalah nak yakinkan para pengundi kat sana.

Justeru, apa masalahnya dengan MIC? Mugilan hanya 'pekerja' bagi parti, bukan parti yang bekerja untuk dia.

Jika UMNO-BN masih berkira-kira untuk menyerang Zaid dari 'luar dan dalam', samalah juga menelan ludah sendiri, yang membela Pak Isa sebelum ini.

Biarpun terdapat 'sisi gelap' Zaid yang tidak menyenangkan, saya 'masih' menilai beliau sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip.

"Saya tidak letih. Saya hanya kecewa" (sumber). Kerana tidak dapat menerima tindakan PM Tun Pak Lah dalam hal undang-undang (ISA), beliau bertegas untuk meletak jawatan (sumber).

Siapa lagi menteri yang letak jawatan (kecuali Soi Lek la) dan jika ingin lebih spesifik, ada atau tidak Pak Menteri Melayu berbuat sedemikian?

Apapun, dari segi peribadi dan akhlak, saya kena akui yang Zaid juga ada "handicap" (something that makes doing something more difficult: a disadvantages: kelemahan/kekurangan - New Oxford Dictionary 2006) - mengikut yang saya tahu, yang saya dengar dan yang saya baca. Jika masih berminat nak tahu lebih lanjut, taip sahaja di Google atau cari di mana-mana blog anti-PR.

Persoalannya kelak, bagaimana jika kedua-dua calon yang diketengahkan itu 'handicap'?

Hahaaa....mahu pilih calon ke, mahu pilih parti?

Keluarlah mengundi

Untuk pastikan sistem demokrasi terus berfungsi, rakyat perlu diberi kesedaran agar mengundi.

Bukan sekadar mendaftar sebagai ahli parti politik (sebab nak rebut/rembat/rompak projek), tetapi kena mengundi juga.

Jangan jadi seperti di sini (UK), jika angka yang keluar mengundi mencecah 30% pun sudah dikira cukup tinggi.

Akhirnya, sesiapa jua calon yang menang, sebenarnya dia hanya diundi 30% daripada populasi kawasan yang ditandinginya.

Daripada jumlah 30% itu pula, bukan semua mengundi beliau. Mungkin 12% undi lawan dia. Jadinya dia hanya mendapat 17% undi, a.k.a sokongan masyarakat.

Bayangkan jika PM hanya mendapat 17% sokongan pengundi di Pekan. Mesti senak, kan?

Senak-senak PM pun, tidaklah sesenak Palanivel dan Samy sekarang ni.......Huhuuuu....

No comments: