Thursday, 15 April 2010

HOPE and FEAR

"Choose hope over fear" - kata kata penutup oleh David Cameron, salah seorang calon bagi merebut kerusi Perdana Menteri UK pada pilihanraya umum 6 Mei 2010 ini.

Sebentar tadi baru selesai program debat "TV Election Debate" (pusingan pertama) - di Manchester, juga program julung kali dibuat seumpanya di televisyen UK.

Foto (sumber)

Sepanjang debat (selama 1 jam 30 minit) tadi dapat dilihat bagaimana pembangkang (Conservatif dan Liberal Demokrat) memasarkan 'harapan/hope' buat rakyat British, dan di masa yang sama menggesa pengundi menolak/memikir semula segala macam 'ugutan/fear' yang dibuat parti Labour yang telah selama 13 tahun memegang kuasa.

Sekarang semua orang (termasuklah ketiga-tiga orang lapar kuasa ini) bercakap mengenai 'perubahan/change'. Perubahan yang akan membawa Britian ke arah yang 'lebih adil/fairer'.

Isu imigran, jenayah dan tingkah laku anti-sosial, pengurusan pencen dan khidmat sosial, NHS dan defisit menjadi topik yang hangat diperbincang, diperdebat dan cuba dijawab oleh ketiga-tiga mereka (yang lapar kuasa ini).

Apapun situasinya, kurang sebulan dari sekarang para pengundilah yang menjadi 'tuan' sebenar dan memilih siapa yang akan menjadi PM baru UK.

Buruh yang telah lama memerintah pastinya mahu terus kekal dan diberikan kepercayaan oleh rakyat.

Pelbagai polisi kononnya telah dirangka sepanjang 13 tempoh pemerintahan, dan kini baru hendak dilaksanakan secara bersungguh-sungguh. Ini telah menimbulkan kecaman oleh parti lawan.

--------------------
(DOSA parti Labour/Buruh yang paling besar pada saya (jika tanya saya) adalah semasa krisis kewangan/perbankan yang hampir memufliskan Britian tidak lama dahulu. Berapa banyak wang rakyat hangus untuk 'bail out' bank yang tidak pandai berniaga seperti Royal Bank of Scotland, krisis Iceland - macam mana ni. Bank pegang duit, tapi tidak pandai berniaga. Pelaburan rugi di sini-sana. Apabila rugi rakyat kena tanggung. CEO bank dapat bonus berjuta. Ada yang diberhentikan turut dapat pampasan yang tinggi jumlahnya...)
--------------------

Di pihak pembangkang pula, nampak masih tidak begitu kukuh dari segi menawarkan polisi yang mampu menandingi janji Buruh. Banyak tawaran masih bersifat gula-gula. Rasa manis, tapi lama-lama boleh dapat diabetis pula.

Apapun, debat ini belum tamat, malah baru sahaja bermula. Masih ada 2 pusingan lagi dan pasti ianya akan semakin menarik, hangat dan tengoklah siapa yang mampu mengekalkan momentum hingga ke garisan penamat.

Saya sememangnya berminat nak tengok dan perhati bagaimana 'orang putih' di negara maju seperti UK ini berpolitik.

Bukan nak banding dengan politik Malaysia, tetapi jika ada benda-benda yang positif yang dapat dipelajari dari sini (UK), tidaklah salah rasanya, malah berguna mungkin di kemudian hari.

Wassalam.

No comments: