(1) peralihan lebih ketara undi kaum Cina (urban khususnya) kepada PR, sekalipun populasi mereka hanyalah 28% daripada keseluruhan penduduk Malaysia dan kurang separuh pula mendaftar sebagai pengundi (sumber).
(2) peningkatan sokongan dan undi masyarakat urban terhadap PR yang membentangkan tawaran lebih menarik dengan sasaran untung jangka panjang bagi pengurangan kos sara hidup termasuklah peningkatan gaji minima, penghapusan tol, pemansuhan saman AES, penurunan harga petrol, penurunan harga kereta, hapus PTPTN dan pendidikan percuma, penstrukturan semula perjanjian IPP, bekalan air serta sebagainya. Kaum menengah kelas pekerja bandar lazimnya terkesan oleh sebarang peningkatan kos hidup dan manifesto yang ditawarkan 'secara pakej' (rumah mampu milik - tol free - kereta murah - minyak murah - kurang saman - air percuma/Selangor) dilihat memberikan harapan buat mereka sehingga mengundi PR.
(3) faktor P3 iaitu 'perantau pakoh PAS' - slogan yang dipopularkan di kalangan anak perantau yang pulang ke negeri-negeri Pantai Timur untuk mengundi PAS/PR pada PRU13 lepas. MB sementara Terengganu DS Ahmad Said kelihatannya 'baru terhantuk seraya mengamuk' setelah melihat undi yang disumbang warga perantau secara signifikan telah 'melipat' dan 'membungkus' calon-calon BN di banyak kerusi di Terengganu pada PRU kali ini. Mat Said dilaporkan berkata selepas mendapat keputusan menang tipis: "apa yang pengundi muda mahukan?" Jawapannya terpampang di hadapan mata beliau sendiri bilamana para perantau pulang terpaksa menempuh jalan Jerangau-Jabor yang rosak dan hancur, sedang di seberang Kemaman sana pembinaan Zoo beratus juta RM (kena bayar for entry) pula giat dilaksanakan.
(4) faktor Ustaz Azhar Idrus dan attachment orang muda dengan UAI tidak dianggap serius oleh pihak BN Terengganu. Adalah menjadi 'fenomena' apabila ceramah UAI di hulu (Kuala Berang) mampu menghimpun lebih 10,000 penonton yang majoritinya anak muda. Apa maknanya? PRU13 menyaksikan masyarakat urban Terengganu juga telah mengalihkan sokongan mereka kepada PR. Kuala Terengganu, Marang dan Dungun memperlihatkan pola tersebut. Cuma masyarakat rural di hulu (hulu Kemaman, hulu Terengganu, hulu setiu dan hulu Besut) masih menjadi fix-deposit kepada BN, itupun dengan penurunan jumlah undi majoriti yang ketara. (ramai yang tertanya-tanya apakan BN akan meneruskan pemberian Kurma dan air Zam-Zam lagi tahun ini). Tentu masih ramai orang ingat yang Mat Said sebelum PRU pernah mengeluarkan pernyataan: "Hanya tinggal 3-4 kerusi (DUN) sahaja yang kita belum pasti manakala yang lainnya kita yakin kekal/menang". Mujurlah BN Terengganu masih bertahan dengan keputusan tipis 17-15. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kalau beliau ikhlas, carilah ikhtiar untuk memahami aspirasi warga muda dan warga perantau anak Terengganu sebelum mereka kembali untuk PRU14 yang akan datang.
(5) ketidakmatangan pemimpin di dalam bercakap mengenai ayat "we agree to disagree". Penolakan dan perbezaan pendapat janganlah dianggap sikap untuk bermusuh, tidak bersyukur dan tidak berterima kasih. Kita perlu meraikan hak untuk berbeza pandangan di dalam kerangka demokrasi. Saya melihat 2 faktor utama yang menjadi batu pengimbang sokongan para pengundi di dalam PRU kali ini iaitu: a) ketidakyakinan mereka terhadap Anwar Ibrahim sebagai PM, dan b) rasa meluat menyampah mereka terhadap pemerintahan 55 tahun BN di atas bermacam sebab, ada yang logik dan ada yang sekadar ABU atau 'inikalilah'. Justeru, bagi golongan yang meluat dengan BN mereka akan mengundi PR sekalipun tidaklah meletakkan harapan tinggi/tidak yakin sangat kepada Anwar sebagai bakal PM. Begitulah juga mereka yang sekalipun menyampah dengan BN tetap mengundi BN kerana tidak yakin dengan Anwar/PR. Kefahaman dan keterbukaan rakyat terhadap sistem demokrasi rasanya tidak akan mewujudkan lagi kerajaan dengan menang majoriti 2/3 kerana rakyat boleh "bersetuju untuk tidak bersetuju" dan mereka lebih demanding terhadap apa yang ditawarkan kerajaan.
(6) ikhtiar untuk menggabungkan PAS dengan UMNO adalah tidak perlu malah tidak sesuai pada waktu ini kerana ianya hanya akan mengheret polemik berterusan khususnya kepada PAS, malah boleh melebarkan lagi jurang perkauman kerana Melayu akan berkelompok di satu pihak dan bukan Melayu akan tertolak ke kelompok yang bertentangan. Tension serta perasaan syak wasangka di antara kaum akan memburuk. Melayu sahaja tidak boleh meneruskan dasar pembangunan secara berkesan tanpa penglibatan dan sokongan bukan Melayu. Tidak semua orang itu rasis kerana ramai yang perlu berusaha keras demi mendapatkan kehidupan seperti hari ini. Justeru, laungan PM untuk pemulihan dan penyatuan nasional haruslah disegerakan melalui tindakan-tindakan yang tangible.
(7) undi popular, sekalipun tidak melayakkan PR untuk membentuk kerajaan, merupakan indikator penting bagi mengunjurkan (predict) pola pengundian PRU14 nanti. Menurut the Malaysian Insider: "Daripada jumlah pengundi itu, BN mendapat 5,237,699 undi untuk 222 kerusi Parlimen berbanding parti Pakatan Rakyat yang mengumpulkan 5,623,984 undi. Gabungan tiga parti PKR, PAS dan DAP itu juga mengalahkan BN dalam undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila mendapat 4,879,699 undi berbanding gabungan 13 parti itu yang mendapat 4,513,977 undi." - sumber: themalaysianinsider
(8) proses 'persempadanan semula' yang dahulunya dibuat untuk menyekat kemaraan PAS (apabila negeri Pantai Timur tidak ditambah kerusi dan BN waktu itu kuat di Pantai Barat dengan lebih banyak kerusi), kini mula menjadi 'senjata makan tuan' apabila DAP pula menguasai sebahagian besar Pantai Barat hingga ke Pulau Pinang.
(9) kita tentunya perlu memikirkan tentang masa depan. Apa yang kita semua mahukan adalah kestabilan, keselamatan dan keharmonian. Keputusan PRU sudah diketahui. Sekarang tibalah masanya untuk mengotakan janji-janji. Jangan kebingungan meletakkan faktor 'tsunami Cina' mahupun 'penipuan pilihanraya'. Sekarang waktu untuk berkhidmat, dengan segera. Semua pemimpin dan parti politik tentu sudah nampak yang pengundi sekarang lebih demanding dan terbuka untuk "agree to disagree". Mereka membayar cukai dan mereka ingin rasai benefits daripadanya (walaupun tidak banyak). Rakyat juga mahukan media khususnya berita yang lebih seimbang dan matang untuk tempoh 5 tahun yang akan datang ini. Barangkali Sinar Harian telah merintis pendekatan ini.
(9) kita tentunya perlu memikirkan tentang masa depan. Apa yang kita semua mahukan adalah kestabilan, keselamatan dan keharmonian. Keputusan PRU sudah diketahui. Sekarang tibalah masanya untuk mengotakan janji-janji. Jangan kebingungan meletakkan faktor 'tsunami Cina' mahupun 'penipuan pilihanraya'. Sekarang waktu untuk berkhidmat, dengan segera. Semua pemimpin dan parti politik tentu sudah nampak yang pengundi sekarang lebih demanding dan terbuka untuk "agree to disagree". Mereka membayar cukai dan mereka ingin rasai benefits daripadanya (walaupun tidak banyak). Rakyat juga mahukan media khususnya berita yang lebih seimbang dan matang untuk tempoh 5 tahun yang akan datang ini. Barangkali Sinar Harian telah merintis pendekatan ini.
No comments:
Post a Comment