Disumberkan oleh: BLOGSERIUS
Kasihan..
Selamat datang ke North Cemetary, sebuah tanah perkuburan yang terletak di Manila berkeluasan 56 hektar. Tanah perkuburan ini menjadi rumah kepada yang mati dan juga yang masih hidup. Manila ialah antara ibukota yang mempunyai jumlah penduduk yang terpadat di dunia dengan 12 juta orang. Sebanyak 40% daripada populasi mereka hidup di bawah tahap kemiskinan tegar.
Di North Cemetary dianggarkan 6,000 penduduk tinggal di antara kuburan sejak awal 1950an. Tanah perkuburan ini masih digunakan dan penduduk setinggan yang sedia ada dengan bekerja sebagai pembina makam, pembawa keranda dan juga mengusahakan kedai yang menjual jajan kepada pelawat yang tiba.
Laporan asal Amusing Planet
No comments:
Post a Comment