Thursday 16 May 2013

"Wadi Us Salam" - tanah perkuburan terbesar di dunia (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Tanah Perkuburan Suci

Wadi Us Salam ialah tanah perkuburan terbesar di dunia yang terletak di Najaf Iraq. Tanah perkuburan ini dianggap suci dikalangan penganut Syiah kerana ianya terletak bersebelahan makam Imam Ali. Setiap tahun dianggarkan 500 000 jenazah baru ditanam di sini kerana penganut mazhab Syiah mahu dikuburkan berdekatan Imam Ali. Sejak dibuka lebih 1400 tahun lalu dianggarkan puluhan jenazah telah ditanam di dalam tanah perkuburan sebesar 6 kilometer persegi ini. 

Ketika perang penaklukan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat berlangsung, tanah perkuburan ini digunakan oleh pejuang kebebasan sebagai tempat perlindungan bagi melakukan serangan hendap. Askar Amerika kemudian melakukan taktik drastik dengan menghantar jentolak bagi meranapkan makam yang dijadikan tempat persembunyian. Serving death from the graves of the dead! Sangat deep...



Laporan asal Wikipedia

No comments: