Wednesday 15 May 2013

Bangunan "Berlian" Suruhanjaya Tenaga Malaysia di Putrajaya yang Mesra Alam (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Prototaip!

Tahukah anda di Putarjaya Putrajaya terdapat sebuah bangunan mesra alam yang menerima pengiktarafan sebagai bangunan paling mesra alam di ASEAN?  Pejabat Suruhanjaya Tenaga Malaysia yang diberi nama Bangunan Berlian menerima anugerah tertinggi platinum kerana menggunakan teknologi hijau yang mesra alam. 

Ianya direka oleh firma arkitek NR Architech dan siap dibina pada tahun 2009. Sebanyak 10 peratus keperluan tenaga pejabat ini dihasilkan menggunakan panel solar yang terletak pada bahagian bumbung. Sebanyak 80 peratus keperluan air pula diperolehi dengan mengumpul air hujan. Pada bahagian lobi bangunan pula terdapat taman hijau yang membekalkan oksigen. Selain daripada itu atrium pada bahagian tengah bangunan memberikan pencahayaan semula jadi ke dalam ruang pejabat. Penggunaan tenaga elektrik untuk lampu dan penyejukan dapat dijimatkan. Totally awesome. 

Diharap banyak lagi pejabat di Malaysia dapat menggunakan konsep mesra alam seperti Bangunan Berlian ini. 





Laporan asal Facebook Suruhanjaya Tenaga Malaysia

No comments: