Tuesday 12 November 2013

PetroRakyat: Industri Minyak Haram di Mynmar (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


PetroRakyat

Myanmar ialah sebuah negara miskin sekalipun negara itu kaya dengan sumber asli. Kerajaan Myanmar masih belum mampu menyediakan prasarana mencukupi bagi mengoptimumkan penggunaan sumber mereka. Di Magwe penduduk setempat menjalankan aktiviti kecil menggali sendiri minyak mentah. Tanah milik peribadi disewa pada harga USD 1000 bagi mendapatkan hak penggalian eksklusif. Setiap hari pelombong ini mendapat USD 30 hasil jualan minyak mereka. 

Teknik kuno mereka ini berbahaya dan paling menyedihkan anak serta isteri mereka terpaksa tinggal di dalam kawasan yang kotor dan terdedah kepada pencemaran. Myanmar harus mencontohi Malaysia. Gali minyak di Kelantan selepas itu salur minyak ke Thailand dan tidak membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan. Kalau diberi royalti sekalipun salurkan jumlah yang kecil itu kepada kawan-kawan seperti yang berlaku di Sarawak. Apa yang berlaku di Myanmar ini terlalu sosialis dan membolehkan rakyat miskin mendapat keuntungan.




Laporan asal Yahoo

No comments: