Disumberkan oleh: BLOGSERIUS
Sedih!
Sungai Citarum yang terletak di Kepulauan Jawa diisyhtiharkan sebagai sungai paling tercemar di dunia untuk tahun 2013 oleh Green Cross Switzerland dan Blacksmith Institute. Ia juga merupakan salah sebuah dari 10 kawasan paling tercemar di muka bumi.
Sungai Citarum dicemari sisa baja, cadmium, plumbun dan chromium yang tinggi. Air sungai ini diuji dan mempunyai kadar plumbum 1000 kali ganda lebih tinggi dari normal. Punca pencemaran ialah perladangan dan kilang penghasilan kain yang dibina berhampiran sungai.
Sungguhpun airnya tercemar ianya masih digunakan oleh penduduk setempat untuk kegunaan harian. Kerajaan Indonesia diberikan pinjaman USD 500 juta oleh Bank Pembangunan Asia bagi mengurangkan pencemaran dan proses pemulihan sungai. Ini harus dilakukan kerana 5 Juta orang tinggal sepanjang sungai ini dan ianya menjadi sumber air Bandaraya Jakarta. Dayyum!
Laporan asal Yahoo , WorstPolluted
No comments:
Post a Comment