Satu pemerhatian dan kupasan yang menarik. Sumber dan artikel penuh dinyatakan di akhir entri.
"Dalam negara kita, persaingannya ialah persaingan siapakah yang paling dapat memberikan harapan kepada rakyat. Mungkin rakyat belum putus harapan, tetapi mereka meneliti siapakah yang paling dapat memenuhi harapan. Dengan rekod hampir tujuh dekad memerintah, dengan pelbagai jasa dan juga isu-isu yang mencontengi jasa, apakah UMNO masih menjadi harapan rakyat? Dengan perubahan ‘harapan’ bagi jenerasi baru, apakah UMNO masih relevan untuk generasi kini menaruh ‘harapan’?

Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh UMNO pada hari ini. Rakyat
yang mengundi parti lain, bukan semestinya bencikan UMNO, tapi mungkin
merasakan harapan mereka berada di pihak yang lain. Rakyat yang membenci
UMNO pula bukan semestinya menyokong parti lain, tetapi mungkin kerana
merasakan UMNO telah menghancurkan harapan mereka. Rakyat yang
menghargai jasa UMNO yang lalu bukan semestinya akan mengundi UMNO pada
masa ini kerana mungkin ‘harapan’ itu sudah berubah dalam persekitaran
yang baru.
Inilah yang sepatutnya perwakilan UMNO kena fikirkan. Sejauh manakah
sesebuah parti dapat menangani harapan rakyat, sejauh itulah ia akan
menguasai undi. Jika UMNO terus berjaya, UMNO akan terus menang. Jika
tidak, maka sebaliknya!"
Baca artikel penuh di sini: Perhimpunan Agung UMNO 2011 Dan Harapan - Dr MAZA
No comments:
Post a Comment