Thursday 8 December 2011

(Nota Terima Kasih) Ust Azhar Idrus = memang fenomena!

Masih belum terlewat untuk saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada para peminat Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang telah menyerbu blog Dr Sepet mulai petang semalam (waktu UK), hinggalah ke hari ini.

Saya tentu sekali terhutang budi kepada admin Facebook JKKK Fan Club kerana telah sudi mempromosikan entri ini di paparan Facebook beliau (artikel berkaitan UAI ini saya terbitkan 4 November yang lepas).

Berbanyak terima kasih juga dipanjangkan kepada sahabat-sahabat dan tentunya peminat-peminat (yang juga pendengar) setia UAI yang telah melontarkan komen dan berkongsi pandangan yang bernas dengan saya. 

Saya kira apa yang telah dinukilkan itu merupakan pandangan peribadi saya sebagai pemerhati dari jauh (dan pendidik). Dan saya kira saya telah cuba melontarkan pandangan itu secara bertangungjawab. Yang menjadi harapan saya adalah semoga kita semua beroleh manfaat.

Saya jangka fenomena UAI ini tidak akan surut dalam tempoh masa yang terdekat ini. 

Sekalipun saya difahamkan beliau memerlukan 'tauliah' jika ingin terus berceramah dan menyampaikan kuliah di negeri Kelantan, jadual aktiviti ceramah beliau yang tetap padat hingga ke tahun depan, membuktikan demand masyarakat terhadap beliau tetap tinggi.

Moga UAI terus diberikan kesihatan dan daya upaya untuk meneruskan momentum dakwah ini dengan 'mengetuk' pintu-pintu hati umat Islam yang dahagakan ilmu dan pengetahuan.

"Kata biar terasa" - JKKK...kikiki?

Wallahua'lam.

Dr Sepet@office
8 Disember 2011 (di luar masih hujan...belum snow lagi...)


No comments: