“Dalam bahasa Inggeris, “winnable” bermaksud “boleh
menang”. Untuk menjadi calon yang boleh menang, seseorang itu mestilah terlebih
dahulu menjadi calon yang boleh memenangi hati pengundi. Kalau tanya pengundi
dan orang ramai siapa calon yang boleh menang itu, tentunya mereka akan kata
calon yang baik, bersih, mesra, berusaha, berkebolehan, ada dasar dan wawasan,
dan banyak lagi. Masalahnya, semua calon akan kata, itulah ciri-ciri yang ada
pada mereka. Semua parti pun akan kata, itulah calon-calon yang mereka
kemukakan.”
Selepas istilah
“winnable candidates” ini dicetuskan UMNO-BN, sepertinya tidak sah bagi mana-mana parti politik di tanah air hari
ini untuk tidak bercakap mengenai keperluan parti masing-masing meletakkan calon
“jenis ini” bertanding pada PRU13 kelak.
Seperti yang
dikupas oleh saudara Kadir, pelbagai kriteria yang begitu ideal perlu ada dan dipenuhi seseorang yang berhajat menjadi calon,
seperti baik (akhlak dan moral),
bersih (tidak rasuah), ada wawasan (bukan beku otak), berkebolehan (bukan sebab ada kabel) dan sebagainya.
Saya amat bersetuju bahawa
kalau benarlah dapat ditemukan orang yang sesuai, kerana inilah ciri-ciri terbaik dan paling ideal patutnya ada pada seseorang calon atau bakal pemimpin itu.
Pun begitu,
timbul persoalan lain di benak pemikiran saya.
Q: Apakah benar kriteria yang dinyatakan seperti di atas menghuraikan kriteria "calon boleh menang" (winnable candidate)? Atau sebenarnya lebih menjurus kepada kriteria seorang “calon yang layak” (qualified candidate)?
Mengapa saya
timbulkan persoalan ini? Kerana bagi saya “calon
boleh menang tidak semestinya calon yang layak”. Mengapa "tidak semestinya"?
Ini kerana di dalam permainan politik yang mana kemenangan adalah penentu kekuasaan, maka ada kemungkinan calon-calon yang layak kerana baik peribadi (tidak main wang, berpendidikan dan berwawasan), tidak semestinya dinilaikan “boleh menang” pada mata parti dan para penyokong mereka.
Ini kerana di dalam permainan politik yang mana kemenangan adalah penentu kekuasaan, maka ada kemungkinan calon-calon yang layak kerana baik peribadi (tidak main wang, berpendidikan dan berwawasan), tidak semestinya dinilaikan “boleh menang” pada mata parti dan para penyokong mereka.
Maka di sini wujud juga kemungkinan
iaitu pada PRU13 nanti, kita akan sekali lagi disajikan dengan muka-muka “calon yang
tidak layak” (seperti muka lama, muka dah kalah PRU12, calon kitar semula, calon yang pernah disabitkan/terpalit
isu rasuah dan politik wang, calon kroni, etc.), NAMUN mereka
inilah pada penilaian parti (tidak kiralah BN ataupun PR) adalah “calon boleh menang” memandangkan pengaruh mereka yang begitu besar di dalam parti dan di peringkat akar umbi.
Apakah pilihan
yang kita ada?
No comments:
Post a Comment