Thursday 15 December 2011

Promosi dokumentari: Frozen Planet

Kali ini saya ingin mempromosikan sebuah dokumentari yang sangat menarik bertajuk "Frozen Planet" yang dihasilkan oleh BBC Natural History Unit (wikipedia).

Dokumentari yang telah selesai tayangannya di BBC1 (secara 7 siri) ini telah membentangkan satu idea yang sangat menarik dan penting selain menawarkan penjelasan (jika tidak jawapan) kepada pelbagai pihak yang ingin mengetahui perkembangan terbaharu perubahan iklim global (climate change). 

Selain DVD ini, suka saya sarankan para pembaca untuk mencari buku menarik oleh Al Gore bertajuk "an inconvenient truth". 

 Sumber foto: wikipedia

Banyak foto sebelum dan selepas di dalam buku tersebut menunjukkan hanya dalam tempoh 30 tahun (1980-2010), bumi kita telah mengalami pelbagai bentuk perubahan iklim dan kesannya yang semakin nyata terhadap kehidupan kita (dan anak cucu kita akan datang). 

Andai berkelapangan, saya akan cuba mengulas perkara ini, bersama-sama satu lagi topik menarik iaitu pembinaan bandar terapung Amsterdam, insyaAllah.

Mengapakah saya dan anda perlu ambil tahu perkara ini, walaupun ianya melibatkan dua benua yang letaknya sangat jauh dari Malaysia (Antik dan Antartik)?

Ini kerana 75% simpanan air tawar dunia terletak di kedua kutub ini dan pencairan ais yang semakin pantas akan memberi kesan kepada manusia seluruhnya. Anda yang memiliki buku Al Gore akan dapat melihat "peta baru dunia" yang mana berpuluh ribu pulau (dan negara kepulauan seperti Maldives, dan lain-lain di Pasifik) akan lenyap dari muka bumi ini akibat peningkatan paras air laut.

Menarik bukan?

2 comments:

AzureKU said...

lame dh aku x buke blog2 ni... sejok aku format pc aku... nnt aku try cr buku ni n bace....

~mesol ganu~

Dr Sepet said...

hello my fren, lame tenggelam ke menyelam? harap sihat semuanya.

aku pun baru nok mule kumpul bahang2 menarik macam ni. Lagi lagi yg menarik ialah 'Human Planet' juga dari BBC punye dokumentari. Tumbs-up!