Renungan: Korban jangan jadi upah - MAZA
Dipetik dari FB Dr MAZA:
Daripada`Ali
bin Abi Talib r.a, katanya: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku
menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan
agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang
unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga
memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih
dan pelapah) sedikit pun darinya.” (Riwayat al-Bukhari Muslim).
Ketika mengulas hadis Saidina Ali bin Abi Talib di atas, al-Imam
an-Nawawi r.h. menyatakan dalam Syarh Sahih Muslim: “Hadis ini meminta
agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari
sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada
pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu juzuk darinya (untuk
membeli khidmatnya). Ini adalah tidak dibolehkan” (9/435 Beirut: Dar
al-Khair).
No comments:
Post a Comment