"Hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, mencadangkan sayap parti, Puteri dan biro Putera dibubarkan bagi mengelak gejala politik wang.
Sambil menyifatkan Umno perlu distrukturkan semula, beliau berkata, kewujudan Putera dan Puteri melemahkan Umno kerana lebih banyak pemilihan, lebih banyak gejala terutama politik wang melanda parti.
Beliau berkata ahli kedua-dua pergerakan itu seharusnya memberi tumpuan kepada pelajaran berbanding politik kerana masih muda dan belum sesuai untuk berpolitik".
sumber: sebahagian petikan berita 'bubar sayap umno perlu penelitian: ali rustam / bharian.com.my
nota kaki:
- Seronok baca komen yang dilemparkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Parti terbesar orang melayu ini tentang peri penting pelajaran, melebihi kepentingan masa muda dihabiskan dengan berpolitik dan berparti politik.
- Dah lama rasanya, orang lama dalam politik tidak bercakap tentang pelajaran untuk anak muda melayu, kecuali beberapa kerat ahli akademik di universiti tempatan.
- Harapnya saranan beliau ini dapat membuka mata, telingan dan seterusnya hati anak belia umno untuk menginsafi diri.
- Sedarlah bahawa kuatnya bangsa melayu, bukan dijamin oleh kuasa politik lagi, kerana politik orang melayu semakin lemah dibenam kaum lain kesan tindakan orang melayu sendiri.
- Kuatnya melayu adalah kerana orang melayu itu sendiri kaya dengan ilmu pengetahuan yang benar dan kelak boleh memanfaatkan diri, keluarga, komuniti, agama, bangsa dan negara.
Aku yang sayang Islam dan Melayu...
No comments:
Post a Comment