Monday, 26 January 2009

Sorry Sepol

Kartun ini dimuat turun dari blog sepol kodi. Bukan apa, tertarik dengan rantaian manusia yang berjuang membela 'perut' ni. Bermula dari sekecil-kecil pangkat/jawatan hinggalan ke sebesar-besar pangkat/jawatan.

Masing-masing bergantung antara satu sama lain dalam sistem/rantaian mereka. Habuan yang dapat turut dikongsi dan tiris kepada mereka yang di bawah, tetapi dengan amaunt yang sedikit.

Jika mahu selamat, rantaian ini tidak boleh diubah, mahupun diusik. Jika seorang ahli dalam rantaian ini 'bertaubat' dan telah 'menginsafi diri', maka keseluruhan sistem/rantaian akan terputus dan akhirnya the whole system will collapes.

Namun, budaya yang telah lama menebal ini tidak memungkinkan rantaian ini terputus. Habuan yang tersedia memang lumayan dan sukar ditolak sesiapa pun. Logiknya, manusia mana yang selesa memilih kesusahan dan ketelusan, berbanding kesenangan dan segala bantuan telah tersedia untuk digunakan?

Bagi mereka yang berada di luar rantaian/sistem ini, syukurlah kerana biarpun kita pangkat tak besar, tak berpeluang menjadi jutawan, sekurang-kurangnya kita masih ada dignity dan rasa keberkatan dalam hidup.

Wassalam.

No comments: