Wednesday, 21 January 2009

Nasihat Buat Remaja

Lama betul rasanye tak update blog ni. Bukan apa, dah dekat 2 minggu dah diserang demam selesema dan batuk-batuk. Tapi mujurlah hari ni dah rasa ok sikit.

Banyak perkara menarik dah berlaku sepanjang 10 hari kebelakangan ni, dari hal keputusan pilihanraya p.036 Kuala Terengganu, hingga kepada pengunduran tentera Israel laknatullah dari bumi Palestin. Banyak yang menarik berlaku.

Semalam, 20 Jan. 2009 ramai tertunggu-tunggu ucapan presiden pertama African-American, Barrack Hussein Obama. Tapi saya terlepas peluang nak mendengar. Nanti cuba cari dari internet.

Cuma bukan itu yang nak saya kongsikan dengan semua. Topik kali ini adalah dekat di hati saya, bicara tentang remaja. Ada sebab mengapa saya pilih topik ni; (1) sebab saya sendiri turut alami dan rasainya sewaktu di alam kampus sebagai mahasiswa 3-4 tahun yang sudah; (2) mungkin ada remaja/mahasiswa di luar sana yang sudah atau bakal tempuhi alam remaja.

Dari pengalaman tersebut, saya cuba tuturkan ke dalam bentuk nasihat, (yang membina, insya-Allah), moga tiada pembaca yang merasa kacil hati atau tersinggung dengan nukilan saya kali ini.

Intro

Kalau kita semua dapat ingat akan sebuah lagu melayu yang begitu evergreen di hati banyak 'remaja' ketika di era Kak Ogy tengah top dulu-dulu. Tajuk lagu tu ialah: Wajah Rahsia Hati (anda boleh cari di Youtube.com.

Masa tu saya masih di sekolah rendah rasenya. Tapi bila dengar balik masa kat uni, rasa sedap macam dulu-dulu juga.

dalam kehidupan ini, yang terindah, melalui masa remaja
senda gurau suka duka sering berganti
meninggalkan kesan abadi

Cuba anda kaitkan lirik tersebut dengan zaman mase belajar di sekolah menengah atau di uni dahulu. Rase macam ada kaitan tak?

- Masa remajalah masa yang kita rasa nak cuba banyak benda, zaman suka ikut rasa hati, nak melaram dan sebagainya.

- Masa remajalah zaman untuk merasa nikmatnya tak ikut peraturan, datang kelas lewat, balik lewat malam dan sebagainya.

- Masa remajalah waktu kita rasa orang buat baik tu macam poyo jelah, selekeh tu satu fesyen dan smart tu adalah nerd yang entah apa entah.

- Masa remajalah dapat 'ngam' dengan member-member satu rumah sewa, kongsi cerita, pakat-pakat masak maggi di dapur, cuci motor di hujung minggu, konvoi pegi air terjun, sama-sama merempit ke kedai jual CD haram, dan sebagainya.

- Masa remajalah banyak yang tewas dengan ganja, CD lucah, judi, rokok, mabuk game komputer dan sebagainya.

- Dan tak dinafikan, masa remaja juga zaman di mana sebilangan classmate (sendiri jugak kot) gatal nak ber b.f dan ber g.f, nak kuar makan same-same, nak studi kat libarary berdua, dan dengar suara si dia hampir setiap malam sebelum tidur.

Namun, 'what the heck' itu semua jadi asam-garam yang menyedapkan resepi hidup sebilangan besar kita.

Nikmati Masa Remaja

Saya telah melalui zaman remaja saya dengan agak baik. Sebab kalau diberi peluang lagi, ingin saya kembali dan memperbetulkan banyak benda mengarut yang telah saya ikut dan buat. Tapi apakan daya, ianya mustahil lagi untuk terjadi.

Namun, itu semua saya ambil sebagai pengalaman dan pengajaran untuk dibuat pembetulan dalam fasa kehidupan saya yang seterusnya.

Masa remaja adalah zaman kebebasan yang perlu digunakan untuk membuka mata dan minda terhadap banyak benda di sekeliling kita.

Banyak kes saya perhati, masa remaja dihabiskan dengan bercinta sehingga 'menyempitkan' skop hidup. Dalam kelas ada 40 rakan, dia hanya rapat dan ngam dengan 1 orang saja. Alangkah ruginya nilai persahabatan di waktu tu.

Siapa yang gunakan waktu remaja/belajar untuk berkawan, insya-Allah akan senang di kemudian hari. Ambil saja pengalaman rakan baik yang ramai kawan. Apabila tamat belajar, dapat banyak 'kaki' yang ngam dan sedia bila-bila masa untuk membantu rakannya mencari tapak@kerja. Dari timur hingga ke barat, dari utara ke selatan, semua sedia menolong. Sebab? Masa remajanya diguna bagi meluaskan persahabatan.

Jangan bazirkan masa remaja dengan menyempitkan perspektif hidup. Buka mata dan buka minda dan terokailah dunia yang luas terbentang ini.

Rancang Masa Depan Dengan Apa Yang Nyata

Sering juga bagi yang bercinta merancang banyak benda (memangla kena merancang). Namun, apa dasarnya@basis bagi semua perancangan tu? Adakah seperti janji gula-gula pembangunan?

Be realistic! Merancanglah dengan apa yang nyata. Jangan memabukkan diri dengan suntikan janji palsu dan omong kosong.

Rasanya sudah lama bangsa melayu dimabukkan dengan hal ini, so, remaja bangkitlah dan rancanglah dengan apa yang nyata. Bagi yang bercinta, jika betul-betul nak dibawa si dia hingga menjadi isteri/suami yang sah, stop dreaming, start working (belajar hingga berjaya!).

Tak Salah Bercinta

Siapa kata cinta itu perkara yang salah? Berapa kerat saja remaja yang betul-betul tekad untuk belajar semata, namun rasa cinta itu adalah normal kerana ia nikmat dari tuhan.

Cinta itu betul, cuma bagaimana cara kita bercinta itu yang boleh mengotorkan nilai cinta.

Cinta juga sesuatu yang baik, jika dikaitkan dengan gejala yang positif seperti cinta kepada pelajaran, cinta pada kerja-kerja studio, cinta pada rakan-rakan, cinta pada waktu solat, cinta pada pensyarah yang berikan ilmu dan etc.

- Cinta pada pencipta, itulah yang kekal, cinta pada b.f/g.f boleh datang dan pergi.
- Cinta pada pencipta menguatkan pergantungan dan pengharapan, cinta pada b.f/g.f melemahkan pendirian sendiri.

Berfikirlah Sebelum Buat Keputusan

Kegagalan bukan penghabisan. Dalam hidup ini kita akan diuji (apatah lagi sebagai Muslim).

- Setiap kali kita jatuh, kita akan bangun dan terus berjalan.

- Namun sepanjang berjalan, mata kita akan teralih memandang benda lain, sehingga kaki pun jadi lalai, kita akan tersembam lagi.

- Namun, kita akan usaha lagi untuk bangkit dan ketuk kepala ingatkan kebodohan kita hingga jadi lalai dan terjatuh.

Begitulah hidup ini, kebodohan dan kesilapan kita itulah 'guru' yang mengingat dan mengajar kita agar jangan lalai, dan jangan buat benda bodoh berkali-kali.

Kegagalan itu juga peringatan kepada kita bahawa betapa kita cuba yang terbaik, ia tetap bukan kuasa kita yang menentukan banyak benda di sekeliling kita. Biarpun rasa benda tu dah dalam tangan pun, masih boleh terlepas.

- Berfikirlah dan timbang-taralah banyak faktor sebelum buat sesuatu di masa remaja anda.

Kepada remaja di luar sana, jadikan zaman remaja anda zaman yang terindah yang suatu hari nanti akan melewati anda dan anda akan merasa untuk terus merinduinya.

Wassalam.

No comments: