Sunday 11 January 2009

BOIKOT....kot

Sekarang dunia Islam (kecuali arab) sedang bersedih dengan penindasan berterusan puak yahudi laknatullah ke atas penduduk awam/daif palestin.

Saban hari, media-media tidak kira di Malaysia mahupun di UK memaparkan kiraan angka kematian dan kecederaan akibat peperangan penghapusan kaum di bumi palestin tersebut.

Tidak seperti pasaran saham, harga minyak mentah mahupun kadar tukarang matawang asing yang banyak turun dari naik, angka kematian warga palestin terus bertambah dari hari ke hari serangan dilakukan.

Sebagai muslim, saya juga tidak terkecuali daripada menyatakan bantahan dan kutukan (kecelakaan) terhadap rejim israel. Malah dunia seluruhnya juga tidak terkecuali (kecuali arab).

Umat Islam di Malaysia juga nampak mula proaktif dari segi niat, perkataan dan perbuatan di dalam menzahirkan rasa marah terhadap kekejaman ini.

Media arus perdana melaporkan banyak siri bantahan, rapat umum serta tunjuk perasaan dibuat oleh mahasiswa, NGO's serta parti-parti politik tidak kira kerajaan mahupun pembangkang di dalam isu yang sama.

Sebagai muslim yang lemah (diakui), untuk ke palestin dan secara fizikalnya membantu mangsa perang ini adalah tidak termampu dan mustahil sebab tiada keberanian untuk berbuat begitu.

Namun, sebagaimana saranan ramai pihak, "umat Islam adalah antara pengguna terbesar di dunia!".

Justeru, gunakan "kuasa pengguna" kita yang besar ini untuk menekan kuasa rejim jahat dan sekutunya dari terus-menerus menindas dan membunuh manusia yang tidak berdosa di palestin dengan memboikot produk keluaran israel dan sekutunya...selagi kita terdaya.

Barangan keluaran israel yang mana kita ada pilihan lain/alternatif perlulah dielakkan dari membelinya.

Di internet/email juga diberikan "senarai panjang" barangan keluaran israel dan sekutunya untuk diboikot pengguna muslim di seluruh dunia.

Adalah menjadi sebahagian daripada kewajiban kita sebagai muslim (yang lemah) untuk membantu saudara kita di palestin dengan menggunakan kaedah boikot. Dan moga Allah kurniakan ganjaran pahala di atas niat dan perbuatan baik kita ini.

Sempena tahun baru masihi ini, saya juga berazam untuk mengurangkan berkunjung ke premis-premis milik yahudi dan sekutu (mana yang terdaya) dan membeli keperluan dari sumber alternatif (mana yang terdaya).

Moga Allah hantarkan bantuan buat saudara kita di palestin dan hancurkan kezaliman/peperangan yang satu-satunya masih kekal di alaf moden ini.

Wassalam.

No comments: