Sunday 9 October 2011

DrMAZA@Oxford

Awal pagi semalam, kami bertiga mengharungi kedinginan pagi ke Heathrow Airport, menjemput tetamu penting dari Malaysia. Beliau adalah bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA).


Dr MAZA kami bawa pulang ke kampung Oxford di mana di sini nanti beliau insyaAllah akan meluangkan masa selama 10 bulan menyiapkan tugasan penyelidikan di Oxford Centre for Islamic Studies (OXCIS).

Ini merupakan kali kedua saya berpeluang duduk bersembang dengan beliau dengan kali terakhir adalah sewaktu kunjungan beliau ke Oxford 2009 (waktu itu beliau masih menjalani sabatikal di Lempeter, Wales).

Tetapi peluang bersembang sementara mengharungi perjalanan 1 jam Heathrow - Oxford 'memberitahu' saya bahawa beliau adalah seorang yang mudah didekati, selain peramah dengan pelbagai isu terkini (terutamanya Politik) yang berlaku di tanah air telah beliau kupas sepanjang perjalanan.

Ada yang menyentuh: Bajet 2012, Najib dapat salah penasihat, Arak Langkawi (bukan sedikit pemimpinan Pas yang hentam beliau), calon PM dari Pas - bukan calon 'luar parti', isu Hudud, hati budi Nik Aziz, Umno salah pancing, PRU13 dan banyak lagi, insyaAllah akan saya selitkan pada posting-posting yang berkaitan di masa akan datang.

Kami tiba di Oxford sekitar jam 9.15 am dan bersarapan di rumah 'Penghulu Kampung Oxford' sebelum bertolak ke Town Centre bagi menguruskan penginapan Dr MAZA.

Semoga warga OxfordMalaysian khususnya akan dapat memanfaatkan masa 10 bulan Dr MAZA berada di sini dengan belajar/bertanya/berdiskusi dan seterusnya mengambil manfaat mana-mana ilmu yang berharga yang beliau miliki. 

Ini kerana jika di tanah air, peluang seperti bukanlah muncul setiap hari....

Ahlan-Wasahlan ya sahabat!

No comments: