Cerdik pandai
Saya berpandangan telah ramai rakyat Malaysia yang cerdik hari ini.
Justeru, ramai yang melihat kesan daripada satu tindakan itu tidak hanya akan mempengaruhi satu yang lainnya (tiada lagi, 1 tindakan = 1 kesan).
Begitulah halnya dengan pengumuman yang dibuat kerajaan mengenai kenaikan harga petrol 2 hari yang sudah, di samping menghapuskan penggunaan RON92 (diganti dengan RON95 yang baru).
Pengenalan RON95 pada saya secara peribadi adalah betul. Ini kerana di UK pun RON92 telah tidak dijual di petrol stesen (cuma ada RON95, RON97, dan di stesen tertentu ada minyak Premium).
Komoditi dan manipulasi
Rakyat juga bukan kali pertama 'merasa' harga minyak dinaikkan.
Dan rakyat juga perlu faham bahawa apa jua 'komoditi', ianya mempunyai 'nilai' - dalam bentuk wang. Dan apabila komoditi itu diperdagangkan secara terbuka (pasaran liberalisasi), makanya akan adalah risiko 'manipulasi' harga.
Ini fakta.
Malaysia sebagai salah sebuah negara pengeluar minyak dan pengeksport minyak, namun di masa yang sama juga kita turut mengimport minyak.
Kita bukanlah seperti Saudi, Qatar, Iran mahupun Iraq yang terlalu banyak dengan simpanan minyak sehingga bukan sahaja berlebih-lebihan untuk kegunaan domestik, malah mampu dieksport ke luar pula.
Justeru, untuk memastikan sumber minyak yang ada dapat kita gunakan bagi menjana keuntungan semaksima mungkin, kerajaan menubuhkan Petronas dengan harapan supaya 'kita tidak kering minyak saja-saja' - pendapatan Petronas diguna untuk menjana pembangunan negara.
(cumanya, bagaimana wang cukai Petronas itu diguna oleh kerajaan secara telus, diharap boleh dibincangkan dalam arena atau forum yang lain kerana skopnya terlalu luas - namun ini yang dipersoal ramai orang!)
Makanya, kita pun mencarilah minyak dan mengikat diri dengan sistem pasaran terbuka ini. Kesannya? seperti dinyatakan, kita tidak akan dapat lari daripada 'dimanipulasi'.
Rasa perit
Mungkin anda tidak bersetuju dengan saya (malah mungkin mencemuh), tidak mengapa. Pada saya, amatlah lucu bagi sistem pasaran terbuka yang dikuasai pemodal kapitalis ini akan membenarkan 'potongan harga' @ makin lama harga makin murah. Mustahil.
Apa komoditi utama yang saban tahun makin murah? Ubat-ubatan? Harga kereta? Harga gula? Harga Beras? Harga minyak masak? Rasanya tidak ada.
--------------------
Bagaimana pula halnya di UK? Mengapa petrol di sini boleh turun dan naik mengikut harga pasaran?
Pernah dulu saya merasa minyak seliter 95p dan kini telah naik hingga 105.9p - biasalah dah dekat winter/auntum ni.
Bila difikirkan, mengapa Malaysia tidak begitu responsif sebagaimana UK? Adakah mekanisma kita kurang baik?
Memang kita berbeza dengan UK, kerana kita masih mengekalkan apa yang dikenali sebagai 'subsidi' - sebanyak 30sen setiap liter).
Jika ingin merasa harga minyak turun, kita perlu berani untuk hapuskan subsidi minyak dan membenarkan ianya diapung di pasaran dan membiarkan pasaran yang menentukan harga minyak tersebut.
Boleh. Namaun, beranikah kita menjamin pula harga bahan makanan, kos pengangkutan dan makanan di restoran dapat diturunkan sejajar dengan penurunan harga petrol?
Inilah persoalan yang kompleks.
--------------------
Cuma yang boleh kita komplen adalah "apakah langkah kerajaan untuk memastikan kenaikan harga minyak serta lain-lain komoditi utama (makanan) ini tidak menyebabkan kesan berangkai yang lebih menyesakkan salur nadi rakyat yang majoritinya berpendapatan sederhana ini?".
Saban tahun, setiap kali harga petrol dinaikkan, tidak lama ia akan disusuli kenaikan harga bekalan makanan, akibat kenaikan kos pengangkutan.
Kemudian tambang bas sekolah akan naik, diikuti tambang teksi, bas dalam bandar dan bas ekspress.
Kemudian, restoran mamak akan memulakan pesta naik harga. Adalah sikit kempen 'boikot', tapi setiap hari kita kena makan, kena minum, kena berulang-alik ke tempat kerja, makanya kempen tersebut amat rendah peratus kejayaannya.
Tahniah pak menteri
Pak menteri pula melihat tiada perubahan harga petrol utama negara (sumber - kata Ismail Sabri).
Tahniahlah kerana Pak Menteri kita memang tajam mata dan memiliki 'ilham' dalam mengupas hal ini, yang rakyat sendiri pun tidak nampak.
Apapun, kita tengoklah selepas ini sama ada 'tiada kenaikan minyak' ini akan juga membawa kepada 'tiada kenaikkan harga bahan makanan, tambang pengangkutan awam dan harga makanan di restoran' sebagaimana lazimnya.
Kot-kotla tak naik, kan?

No comments:
Post a Comment