Tuesday 1 September 2009

Melihat Huda solat

Pertamanya, kami sekeluarga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih buat en.Din dan keluarga di atas anjuran majlis berbuka puasa semalam (Isnin). Makan sedap, perbincangan yang mesra dan disudahi dengan 8 rakaat solat tarawih secara berjemaah.

Moga Allah murahkan rezeki en.Din sekeluarga dan hendaknya Allah permudahkan segala urusan kehidupan saudara sekeluarga (dalam jaga anak, belajar dan bekerja). Amin.

Melihat tajuk posting di atas, mungkin ada yang tertanya, Huda yang mana satu?

Semalam di rumah Din ada 2 Huda. Salah satunya cinta hati saya dan yang satu lagi anak kecil yang comel, yang sepanjang masa bersolat tarawih di belakang kami.

Sekadar foto hiasan (sumber)

Daripada pemerhatian saya, Huda turut serta dalam majlis solat jemaah dari awal hinggalah selesai witir (Huda yang sorang lagi solat juga, tapi lepas itu kena tengokkan Mawaddah).

Melihat tingkah laku anak kecil ini, menguatkan lagi semangat saya untuk turut mendidik anak dengan baik, dengan akhlak Islam, memandangkan kami telah memiliki Mawaddah.

Bayangkan, jika anak kecil yang belum baligh inipun sudah pandai dan berkehendak untuk mengikut bapanya solat berjemaah (tambahan pula bersolat tarawih ambil masa yang panjang untuk seorang anak kecil), alangkah malunya saya dan 'kita-kita' yang dewasa dan dah lama baligh di luar sana yang tidak mempunyai kekuatan untuk mengejar nikmat dan keistimewaan yang Allah s.w.t. tawarkan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Harapan saya, moga dapat mendidik anak-anak kami dengan didikan agama yang benar dan menggalakkan mereka beramal dengannya bermula dari kecil lagi.

Nota: Pejam-celik dan pejam dan celik lagi, telah lebih 1/3 Ramadhan telah kita lalui.

Wassalam.

No comments: