Saturday, 14 July 2012

TOS-1A Buratino : Sistem Artileri Roket Dari Russia (foto)

Dipetik dari: blogserius

Stalin's Organ


Ketika perang dunia kedua, tentera darat Soviet menggunakan sistem artileri roket KATYUSHA yang juga diberikan gelaran "Stalin's Organ". Katyusha ialah sistem artileri roket jarak dekat yang paling berkesan pada waktu itu. Puluhan roket boleh ditembak pada satu-satu masa dan kemudian sistem pelancar boleh dipindahkan dengan segara berbanding sistem artileri meriam konvensional. Sistem roket Katyusha sangat efektif sehingga ianya masih digunakan sehingga sekarang. Malah, ianya digunakan secara meluas ketika perang Chechnya, perang saudara di Syria dan Lebanon. Permasalahan utama sistem artileri roket Katyuhsha ialah ia perlu menggunakan lori sebagai platform pelancaran. Sedangkan lori yang digunakan tidak dilengkapi armour (perisai) dan mudah dimusnahkan.

Sekitar 1970-an sebuah sistem baru diperlukan yang mampu melancarkan lebih banyak roket tetapi mampu bertahan lebih lama dari lori biasa di medan perang. TOS-1A Buratino telah dihasilkan. Chasis kereta kebal utama T-72 digabungkan dengan sistem pelancaran artileri roket 24 laras. Kenderaan perang ini diberi nama jolokan Buratino (Pinnochio versi Russia) kerana pelancar roket yang terletak di atasnya kelihatan seperti hidung gergasi.

TOS-1A Buratino mula digunakan ketika perang Afghanistan. Ianya digunakan secara kecil-kecilan pada ketika itu kerana jumlahnya yang sedikit. Ia digunakan dengan lebih meluas ketika perang di Chechnya. Jumlah TOS-1A akan bertambah di dalam inventori tentera darat Russia kerana terdapat lambakkan T-72 yang akan digantikan dengan T-90 MS sebagai kereta kebal barisan hadapan mereka.




Laporan asal Military-Today

No comments: