Monday 2 July 2012

Keuntungan Bank-Bank China

Tahukah anda bahawa tiga bank paling menjana untung di dunia hari ini merupakan bank-bank dari negara China? Ini menjadi bukti bahawa sejak berlakunya krisis kredit, kuasa kewangan dunia telah beralih arah dari Eropah dan Amerika kepada benua Asia, khususnya China.

Hari ini, bank-bank China telah menjana kira-kira 29% jumlah keuntungan global bagi industri perbankan, berbanding hanya menguasai 4% industri terbabit pada tahun 2007.

Peralihan kuasa ini, pada masa yang sama, menyaksikan bank-bank Eropah hanya menjana keuntungan sekitar 6%, turun mendadak berbanding pencapaian 46% bagi tempoh yang sama.

Data bancian terhadap 1000 buah bank yang dikeluarkan oleh The Banker Magazine, Industrial Commercial Bank of China merupakan bank paling menjana keuntungan, dengan keuntungan sebelum cukai berjumlah $43.2b (GBP27.5b). China Construction Bank di tangga ke-2 dengan keuntungan berjumlah $34.8b dan Bank of China ($26.8b). Sementara itu, JP Morgan (US) ditangga ke-4.

Sumber foto (pelbagai, google images)

Menurut editor majalah The Banker, senario yang berlaku mengesahkan lagi bahawa kerugian yang ditanggung oleh Eropah merupakan rahmat buat China. Dan kini, bank-bank China dilihat telah membuat untung yang hanya dapat "dimimpikan sahaja" oleh bank-bank Eropah.

Pernyataan ini disokong dengan fakta bahawa sejumlah 24 daripada 25 bank yang mencatat prestasi terburuk, adalah bank-bank yang berasal dari zon Euro yang sedang dihantui krisis kewangan sekarang ini. 

Sumber dan baca lanjut: iMonday (2 July 2012:43)

No comments: