Tuesday, 6 July 2010

Petik ceri

Ahad kelmarin kami sekeluarga dan Lan berziarah ke Q Garden, Abingdon (perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit berkereta) untuk memetik buah ceri yang sedang masak dengan ranumnya.

Ini merupakan musim ke-2 kami ke sana. Sama sebagaimana tahun lepas, buahnya manis dan sedap. Bezanya, tahun ini ada budak yang nama Mawaddah, tidak dapat duduk diam kerana dia rambang mata melihat buah ceri hitam yang sedap ini - di segenap penjuru.

Sana buah, sini buah, sana rembat, sini sebat. Budak-budak, bukan nak dengar kita melarang...

Pandangan dari atas pokok ceri yang saya panjat

'Heaven' betullah - kata Lan

Tukang rasa buah nampaknya dah tak senang duduk

Q Garden juga ada menjual jus buah, diperah segar dari ladang. Kepada rakan-rakan di sekitar Oxford, jangan ketinggalan berkunjung dan merasa buah ceri segar dari ladang.

Wassalam.

No comments: