Tuesday 6 July 2010

Kunjungan sahabat lama

Sudah seminggu berlalu tanpa sebarang penulisan/kemas kini terhadap blog ini. Jujurnya, jadual kerja saya begitu padat minggu lalu, ditambah pula dengan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan - membataskan keinginan untuk kemas kini blog.

Namun, di kelapangan ini saya ingin berkongsi bersama para pembaca beberapa aktiviti kami sepanjang minggu lepas.

Hari Jumaat pagi (2 Julai), kami menerima kunjungan Kamaruddin & Co. dari Newcastle. Sudah besar rupanya anak-anak mereka.

Mereka juga ada perancangan ke Southampton (Soton) untuk bertemu rakan sekuliahnya waktu di UTM dahulu, yang baru tiba menyambung PhD di sana.

Kita makan nasi lemak dulu...!


Aisyah dan Nisa' yang sudah besar

Mawaddah turut menyertai akak-akak bermain di laman

Apabila lama tidak bertemu, banyaklah perkara yang disembangkan. Namun, waktu berlalu begitu pantas. Kamaruddin & Co. terpaksa bergerak ke Soton esok paginya dan kami juga ada hal yang hendak diuruskan.

Entah bilalah hendak berjalan-jalan ke utara. Haiii...

No comments: