Monday, 24 May 2010

Berita Dari Kampung: Gantung tak sempat mati

Beberapa hari lepas saya ada menghubungi Mok di kampung, bertanyakan khabar ahli-ahli rumah di sana.

Alhamdulillah semuanya sihar belaka. Malah, persiapan untuk majlis perkahwinan adik No. 2 dan No. 4 juga berjalan lancar.

Kad-kad jemputan juga telah disebar-luaskan di segenap pelusuk desa, menjemput orang sekampung hadir ke majlis di hari yang dinyatakan.

Memandangkan kedua-dua adik ini lelaki, tiadalah dibuat majlis bersanding dan bertepung-tawar (I expect!), dan apa segala, yang tidak syariatkan agama.

Lazim bagi orang Terengganu, di pihak lelaki akan dibuatkan majlis 'kenal menantu' (ngena natu).

Ianya juga bakal menjadi pengalaman baru buat kedua-dua bakal isteri yang juga bukan orang Terengganu (samalah dengan menantu sulung Mok ye).

Apapun jangan risau, segala 'pemberian' tetamu kelak adalah hak milik menantu-menantu semua.

Harapnya semua orang akan bergembira, dan majlisnya nanti berlangsung dengan suasana yang baik, penuh keberkatan dan dirahmati Allah Taala hendaknya.

Cuma, kami sekeluarga tidak berkesempatan untuk pulang meraikan adik-adik. Hanya ucapan selamat dan doa (dan hadiah) jualah mampu kami panjangkan.

Selesai bab kawin-mawin ni.

Buat malu orang tua, buat pengajaran kepada kita

Anda ada membaca akhbar online baru-baru ini? Jika ada membaca, baguslah. Kerana saya tidak berkesempatan.

'Tahu tak, dekat dengan kampung kita ada orang nak bunuh diri! Masuk akhbar metro kisah dia' - kata Mok.

'Manalah kita tahu Mok, baru semalam sampai dari Jeddah' - menjawab pula saya.

Anda nak tahu lebih lanjut? Klik sini (lelaki kecewa ditinggal cuba bunuh diri)

Kejadian ini berlaku di kampung sebelah sahaja. Dan orangnya saya kenal. Adiknya pula sekelas dengan saya semasa di sekolah rendah.

Memandangkan polis Malaysia ni amat efisyen dan cekap*, adalah wajar untuk saya tidak memberikan 'motif lain' yang dikhabarkan oleh ramai orang kampung, menyumbang kepada perbuatan menggantung diri beliau itu.

(* - ramai orang buat seloka sekarang ni kalau jumpa Polis, sama ada anda ada buat apa-apa, mahupun hanya terserempak dengan Polis tanpa ada apa-apapun, jangan cuba larikan diri. Walau di atas alasan apa sekalipun, Jangan!)

Tidak tahan ujian hidup

Boleh saya katakan bahawa setelah berpeluang merantau di dalam dan di luar negara (melihat kehidupan manusia yang pelbagai bangsa, agama dan budaya), membuatkan saya bersyukur dengan perjalanan hidup saya.

Allah Taala telah dan sedang mengurniakan banyak nikmat hidup buat saya, biarpun tidaklah sampai menjadikan saya orang yang kaya-raya dan berkuasa, tidak pula melncampakkan saya ke lembah kemiskinan dan kepapaan - tetapi inilah kurniaan yang terbaik buat saya. Allah Maha Mengetahui.

Ujian kemiskinan dan kesusahan itu nampaknya lebih perit untuk ditanggung berbanding ujian kemewahan dan kesenangan hidup.

Segala macam ujian kesusahan itu, tanpa dibenteng dengan kesedaran agama, dilihat mudah menjuruskan seseorang hamba Allah itu untuk lupa akan harga sebuah nyawa.

Saya tumpang simpati kepada keluarga beliau di atas kejadian ini. Perbuatan dia tu hanya Allah sajalah yang menjadi hakimnya nanti.

Cuma, maru-ah (bak kata TGNA) orang tua bagaimana? Kita hidup di kampung semua orang kenal, semua orang ambil cakna.

Akhir kata, bersamalah kita berdoa, memohon kepada Allah agar dipelihara dan dijauhkan diri kita, keluarga kita, kampung dan negeri kita daripada episod malang lagi mendukacitakan sebegini.

Sumber foto (sini)

Wassalam

1 comment:

Anonymous said...

Salam Long & family..

Hermm..selamat kembali dr Makkah..termakbul sudah cita2 korg..Alhamdulillah..hrp2 lps ni turn kami plak..preparation kawin adda & keyo so far 90% progress..tggu hari jer..sedih jg long,k.huda n mawaddah xder ms kami kawin nati..tp pape pon kami faham akan kekangan korg di sana..doakan majlis berjaln lancar..

Wassalam..