Saturday 27 March 2010

Menuntut Ilmu - tiada had umur

Orang seni seperti T. S. J. Shamsuddin pastinya tidak menjadikan ijazah PhD yang baru digengam beliau ini untuk memulakan kerjaya. Ianya, pada saya, lebih kepada kehendak beliau mencabar diri sendiri dan hasilnya beliau merasa puas di atas kejayaan yang dicapai.

Bukan mudah untuk buat PhD ni dan bukan semua orang mampu melakukannya dan berjaya.

Saya kira kejayaan beliau menggengam PhD pada usia 75 tahun wajar dijadikan sumber motivasi buat generasi muda, tidak kiralah jika anda kini sedang buat Diploma, Ijazah, Masters, tangguh belajar untuk bekerja dan sebagainya.

Teruskan belajar, dan belajar. Bak kata orang Temiar "lajarlah kemen-kemen".

===================

Jins Shamsuddin bergelar doktor pada usia 75 tahun

27/03/2010 5:20pm

SINTOK 27 Mac – Pengorbanan dan kesungguhannya menuntut ilmu pada usia 75 tahun, akhirnya menghasilkan kejayaan apabila Tan Sri Jins Shamsuddin hari ini menerima Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) pada Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini.

Kejayaan manis itu datang setelah beliau bersusah payah melengkapkan kajian tesis selama dua tahun.

"Saya tidak pernah menganggap semua ini cabaran walaupun terpaksa sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke sini, kerana ia akan membuat kita mudah mengalah.

"Sebaliknya saya menganggap ia adalah satu tanggungjawab yang perlu diteruskan sehingga selesai,” kata Jins atau nama sebenarnya Mohamed Zain Shamsuddin, anak kelahiran Taiping, Perak.

"Dengan kejayaan ini juga, saya harap ia dapat memberi galakan kepada semua karyawan seni terutama generasi muda untuk terus belajar sehingga ke akhir hayat,” kata penggiat seni ini selepas menerima ijazahnya daripada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Canselor UUM.

Beliau melengkapkan tesis bertajuk “Filem Melayu 1930-an hingga 1960-an Sebagai Citra Budaya dan Sejarah Negara”, di mana beliau memilih 50 filem Melayu dari sepanjang tahun berkenaan untuk dijadikan sampel kajiannya. – Bernama

Sumber: sini

No comments: