Friday 5 March 2010

Menunggu Musim Bunga

Hari ni cuaca cerah, tapi sejuk dan tak panas. Apapun syukurlah dengan cuaca sebegini dapatlah saya (iaitu Mawaddah) berlatih berjalan di laman dan sekitar kawasan rumah.

Rindu nak berjalan di luar, iyelah sejak balik ke sini bulan Januari yang lalu cuaca sentiasa sejuk dan hanya mampu menatap garden dari dalam rumah sajalah.

Tengok, bunga-bunga pun mula muncul dan berkembang...

Apocot! Terjatuh pulak saye...

Tolong...(tolong ambik gambar saye ye..)

Tahun lepas pun same, mesti bunga ni keluar awal

Siap dengan 'magic stick' lagi (a.k.a daun kering)

Rumput kat laman tepi ni memang lembut sangat, macam duduk atas karpet (karpet yang baru kena air), lembab sikit rasenya.

Apapun, sempatlah dalam 10 minit saya bermain dan berjalan-jalan dengan ayah di laman dan sekitar rumah sebelum angin yang teramat sejuk melanda.

Sekian dulu.

No comments: