Tuesday 16 March 2010

Cuti-Cuti Cornwall, 14-16 Mac 2010

BAHAGIAN 1: Tintagel Castle

Rasanya, saya terpaksa membahagikan posting perjalanan ke Cornwall ini kepada beberapa pecahan bahagian disebabkan:

1) cerita / catatan perjalanan yang panjang.
2) foto yang 'terlalu banyak' hingga sukar membuat pilihan foto mana untuk dikongsi.

Makanya, bahagian 1 "Cuti-Cuti Cornwall" ini saya fokuskan kepada perjalanan dan pengalaman kami 2 keluarga (kami dan A.Din) ke Tintagel Castle (rujuk peta).

Perjalanan dari Oxford - Cornwall (Tintagel) mengambil masa +- 4 jam

Rujuk Site 1: Tintagel Castle




















Pintu untuk kami bergerak ke lokasi yang seterusnya

Apa komen anda setelah menatap "beberapa foto" ini? Ada teringin untuk sampai ke tempat ini? Alhamdulillah cuaca begitu berpihak kepada kami. Biarpun sejuk, tetapi hari cerah amat-amat membantu kami mendapatkan foto yang menarik.

Banyak lagi foto, insyaAllah akan dimasukkan ke dalam facebook isteri saya. Jadinya sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut, nanti boleh aksess ke facebook Puan Huda kelak.

Perjalanan ini saya nilaikan amat berbaloi dengan masa, wang dan tenaga yang dikeluarkan. Terima kasih daun keladi buat A. Din dan K. Tik di atas pelawaan dan kenangan manis sepanjang perjalanan ini - dari kami sekeluarga.

InsyaAllah bahagian seterusnya akan saya sambung selepas mendapat rehat yang secukupnya - daripada memandu 4 jam tadi pulang ke Oxford.

Bahagian 2 - Land's End a.k.a Tajung Piai versi Malaysia - penghujung bagi England!

Wassalam.

No comments: