Khamis lepas saya ke pejabat. Sekarang ini dengan Mawaddah 3 sesi petang di nursery, tumpuan kami terhadap tugasan penyelidikan lebih baik.
Di pejabat saya dikelilingi oleh rakan dari pelbagai negara, yang kesemunya berdatang ke Brookes dengan tujuan yang sama - ada rakan British, China, Kenya, Gambia, Brasil, dan Taiwan.

Kami jarang bersembang panjang kecuali sapa menyapa setiap kali ada yang baru tiba dan yang ingin pulang ke rumah.
Tetapi petang tersebut apabila semua orang nampak agak lapang, makanya ruang waktu itu diisi dengan sembang-sembang kosong.
Saya timbulkan topik kepada rakan British berkenaan UK General Election (pilihanraya umum) yang dijangka berlangsung sekitar Jun 2010 akan datang.
Iyelah, kita di Malaysia masing-masing begitu terdesak untuk mengekalkan kuasa dan pengaruh politik masing-masing. Apakah pula halnya di negara maju seperti UK ini?
Saya ajukan kepada Alex (wanita kulit putih yang berkahwin dengan orang kulit hitam). Ada beberapa ilmu baru yang saya peroleh dengan bertanya sendiri kepada pengundi seperti Alex.
Katanya, pilihan para pengundi ketika ini hanyalah terhadap 2 parti yang 'kuat' untuk bertarung iaitu Buruh dan Konservatif.
Manakala, parti kurang sokongan iaitu Liberal Demokrat, Parti Hijau, BNP sukar mendapat undi kerana dianggap membazirkan undi sahaja.
(Ringkasnya, pengundi hanya akan memberikan undi mereka kepada parti dan calon yang 'berpotensi untuk bersaing sengit', manakala parti ikan bilis yang dijangka sukar membentuk kerajaan, usahlah dibazirkan undi.)
Kedua, jika di Malaysia laporan SPR menunjukkan peratusan keluar mengundi adalah tinggi (>60 peratus). Itupun jika peratusan di sekitar 70 peratus, akan dianggap 'rendah'.
Sedangkan di sini (UK, menurut Alex), untuk mendapatkan 40 peratus keluar mengundi adalah sukar. Jika 30 peratus keluar pun sudah dikira cukup baik. Mengapa?
Ramai yang inginkan Brown (Buruh) turun, tetapi tidak ingin Cameron (Konservatif) naik - Jika di tanah air, rakyat inginkan BN turun, tetapi tidak ingin PR naik ganti. Macam mana tu?
Perkembangan ini menjadikan ramai orang sukar meramalkan peluang: adakah Buruh akan kalah? Atau berjayakan David Cameron ke Downing Street selepas Jun ini?
Terbaru pula, badan dan pertubuhan kebajikan (Charity bodies) di UK mahukan kedua-dua pihak Buruh dan Konservatif agar menghentikan penggunakan isu 'Perkhidmatan Sosial/Kebajikan' sebagai modal berkempen masing-masing.
Dalam banyak hal, polisi dan manifesto yang menyentuh hal kebajikan sering dijadikan modal bagi menarik sokongan pengundi, walhal kedua-duanya sendiri sering berubah-ubah pendirian sehingga tidak jelas dan mengelirukan.
Tinggal beberapa bulan lagi, dan menariknya di negara maju seperti UK ini, parti pembangkang turut mendapat liputan meluas dan slot yang adil di saluran TV, termasuklah muncul di BBC dan rancangan bual-bicara seperti 'the politics show', 'the daily politics', 'the big question' dan sebagainya.
Bagaimana pula Malaysia?

No comments:
Post a Comment