Thursday 25 February 2010

20 jam

20 jam berjaga a.k.a tidak tidur semalam (Rabu) merupakan pengalaman terbaru di dalam buat kerja 'last minute', pernah saya alami setelah beberapa tahun meninggalkan alam IPTA.

Bukan sengaja menunggu saat-saat akhir untuk membuat kerja, cuma kali ini 'rasa' nak buat kerja itu (secara fizikal) tidak ada.

Rasa nak buat kerja secara mental memang begitu mendesak hingga nak tidur pun susah, seperti ada orang yang pijak perut ini (tapi bila tak tidur pun bukan buat kerja sangat!).

Apapun kerja 'last minute' selama 7 jam menyiapkan slide persembahan laporan kemajuan kerja di peringkat jabatan berjalan dengan positif, biarpun fikiran saya sewaktu sessi soal-jawab banyak melalut ke tempat lain.

Kalau waktu belajar dulu-dulu lepas sahaja pembentangan projek studio memang berkejar pergi makan, lepas tu ada sesetengah budak rumah (sewa) melepak menonton VCD, ada yang 'delete otak' dan ramai di antara kami yang qada' tidur.

Bila buat kerja 'last minute' ni, teringat saya akan kisah di mana kumpulan kami perlu mewarna pelan tatatur (layout plan - housing design studio), adalah saiz AO (2 kali A1).

Esok nak present, malam ni baru ramai-ramai berpakat nak warnakan pelan tuh. Maka bekerja-keraslah di studio malam itu.

Di tengah-tengah asyik mewarna, sekali tu fakulti alam bina tiba-tiba 'blackout'. Mula-mula tak panik pun sebab 'poyo', sebab dah biasa sangat dah 'blackout' - biasa sekejap je, sebab ada orang datang betulkan.

Adalah member-member (dan rakan kumpulan lain kat studio tu) yang 'bersenang-lenang', menghisap rokok sambil menunggu lampu kembali dipasang.

Tunggu punya tunggu, hampeh, dan berjam pun masih tak ada letrik. Masa tu rasa nak gelabah pun datang.

Saya bimbang, tapi bila fikir nasib bebudak studio arkitek yang memang buat lukisan berkomputer tu (adalah dalam 4-5 studio, yang juga diambang 'submission' kerja), rasa kelakar pun ada, rasa kesian pun ada. Apalah nasib malang diorang tu...Haha...

Oklah universiti dah berkomplot dengan juruteknik untuk menurunkan GPA kami semester ini. Bungkus segala kerja, pelan, warna - cabut dengan motor balik rumah sewa.

Dah la tengah-tengah malam buta pukul 1 pagi pulak tu. Naik motor lagi, sejuk giler...

Sampai di rumah sewa, semua tilam bujang dibaling ke tepi, ruang tamu berlonggok dengan 'mangsa komplot universiti' a.k.a mat-mat suka wat keje 'last minute' duduk* mewarna pelan yang gedabak punye besar.

(*duduk - tidak sebenarnya duduk, ada yang tertiarap, menonggeng, merangkak, melintang, semu macam posisi dok kerumun pelan yang baru separuh siap tu).

"Mangkak (bahasa kasar), bila nak siap kalau macam ni punye kerja..." - Exibit A

"Ko tengok tu, kaler pink tu, yang kaler sekerat kat studio tadi rata je. Yang sekerat kaler kat rumah tu berbirat-birat aku tengok!" - Exibit B

"Yelah, siape suruh ko cari rumah sewa lantai tak rata ni?" - Exibit C

"Mangkak aa" - Exibit A

Tapi, berkat kesabaran bekerja 'last minute', proses mewarna dapat disiapkan juga. Lapang dada beb!

Janji 'produk siap'. Bab nak jual 'produk@idea' kepada klien (pensyarah) esok pagi jangan risau, kita gorang sampai garing punye!!!!

Moral cerita:

1- boleh buat kerja 'last minute', cuma jangan buat acap kali sangat. Sebabnya Allah dah buat siang untuk bekerja dan malam untuk rehat dan buat ibadat. Bukan pukul 1 pagi dok merambu naik motor balik rumah sewa. Itupun bukan nak solat hajat ke hape...

2- boleh buat kerja 'last minute', cuma kena ada strategi. Jangan main 'gamle' semata sebab kalau kalah bertaruh, mau tinggal seluar dalam jelah! Ada strategi, dengar cakap pakar nih! Haha...

3- boleh buat kerja 'last minute', dengan syarat ada yang 'sekepala'. Sebab dulu memang semua 'sama kaki'. Kalau sorang-sorang yang buat kerja, memang tak lama, balik tertidur sondol lantai la jawabnya...

4- kalau boleh, janganlah buat kerja 'last minute'. Pegi tidor la woiiiii!!!!!

Sekian.

No comments: