Tuesday 2 February 2010

Komitmen

"Gile engko! Sikit punye banyak komitmen tu... Ingat kawin ni benda main-main? Aku nak kena pastikan yang aku betul-betul ready untuk commit..." - kisah benar.

Komitmen?

Posting kali ini saya ingin bicarakan tentang 'Komitmen' - elemen yang selalu sangat kita dengar dan buat (atau tak buat) dalam kehidupan kita sehari-hari.

Ramai orang bercakap tentang komitmen. Macam makan nasi sebut komitmen. Namun, adakah kita (saya juga) benar-benar faham akan erti sebuah komitmen itu?

Saya secara peribadinya meng-ertikan komitmen itu sebagai:

"kesediaan untuk berusaha sebaik mungkin atau memberi sehabis baik terhadap perkara yang telah dipersetujui" atau;

"Keinginan untuk kekal dan tetap dengan sesuatu yang seseorang itu setujui"

Dalam hidup ini saya percaya anda para pembaca juga mungkin pernah bertemu dengan bermacam jenis kawan dan orang.

Malah, anda juga mungkin pernah dikongsi luahan perasaan mereka mengenai sebuah komitmen.

- Orang bujang mungkin bingit dengan pertanyaan orang tentang komitmen untuk mendirikan rumahtangga-nya.

- Orang yang sudah berumahtangga pula sibuk dengan pertimbangan mengenai komitmen untuk memiliki anak-nya.

- Pelajar sibuk dengan komitmen terhadap pelajaran yang tergendala kerana mendahulukan komitmen kepada pakwe-nya.

- Anak pula runsing memikirkan komitmen terhadap keluarga, berbanding komitmen untuk berbakti kepada orang tua-nya.

- Dan sebagainya.

Tahukah kita, perkataan 'komitmen' itu tidak mampu dipanculkan dari mulut seseorang tanpa dipengaruhi oleh tiga faktor ini:

1) Ciri-ciri persekitaran

Paling menonjol adalah persekitaran kerja (bagi yang sudah bekerja). Cara kerja dan tugasan di pejabat lazimnya mencorakkan komitmen mereka terhadap pelbagai perkara.

Ini bagi memastikan hal-hal lain yang memerlukan komitmen perlu disesuaikan dengan tuntutan kerja. Contohnya:

- sukar menyatakan komitmen untuk berkahwin, walhal telah lama bekerja (stabil dari segi wang ringgit, rumah dan kereta). Tetapi disebabkan tuntutan kerja di pelantar minyak, si polan terpaksa melupakan hasrat untuk mencari isteri.

2) Sifat dan perangai individu itu sendiri

Jika faktor pertama tadi tidak mengaitkan diri sendiri sebagai alasan, faktor kedua ini adalah jawapannya.

Bagi yang telah lama bekerja dan lama bercinta, tetapi tidak ingin duduk berbincang secara serius mengenai idea perkahwinan.

- ada juga kes di mana segalanya telah sedia dari aspek kewangan (kerja lama), dan tuntutan kerja tidak sibuk (kerja waktu pejabat), namun masih gagal untuk membuat keputusan mengenai komitmen (untuk berkahwin).

Pokoknya, sikap seseorang itu sendirilah yang mencorakkan komitmen yang ingin ditonjolkan. Nasiblah.

3) Pengalaman hidup

Pengalaman itu guru yang paling dekat dan berguna - pepatah orang tua.

Mencorakkan komitmen tidak dapat tidak turut dipengaruhi oleh pengalaman hidup seseorang. Pengalaman hidup membekalkan ilmu dan asas pertimbangan buat seseorang sebelum beliau menyatakan sebarang komitmen.

Pengalaman hidup boleh membantu seseorang 'mengenal yang mana kaca dan mana permata'. Dan membantu memastikan supaya tidak berlaku kisah 'pisang berbuah dua kali'.

Di manakah anda?

Harapnya anda mendapat serba sedikit idea dengan apa yang dimaksudkan dengan 'Komitmen'. Seterusnya apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memposisikan diri anda di dalam struktur 'sebuah komitmen'.

Adakah anda:

1) Seorang yang menonjolkan komitmen secara aktif?, atau;

2) Seorang yang mengambil pendirian untuk menyatakan komitmen secara pasif?, atau;

3) Seorang yang sememangnya inginkan komitmen yang berterusan?

Semua jawapan ini ada di tangan kita masing-masing. Sekian.

nota: penulisan ini sekadar mengingatkan kawan-kawan yang sukar menetapkan komitmen tidak kira dalam kehidupan peribadi, mahupun dalam hal kerjaya mereka. Kita semua perlu kepada komitmen, kerana itulah kita menunaikan janji dengan Allah Taala 5 kali setiap hari.

No comments: