Hari ini kita semua telah sedia tahu dan sedia maklum bahawa Mahkamah Persekutuan telah membenarkan pelantikan D.S. Dr. Zambry Abd Kadir sebagai MB negeri Perak (semoga kekal aman), dan secara langsung berpegang kepada keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menolak tuntutan semakan kehakiman yang difailkan oleh bekas MB, D.S. Nizar Jamaluddin.
Ketika ramai pemerhati dan penganalisa politik masih berbelah bahagi terhadap keputusan yang diputuskan mahkamah ini, ucapan Syabas sewajarnya diberikan buat Nizar di atas segala usaha dan kerja keras tanpa jemu selama lebih setahun 'dipaksa meninggalkan' kerusi MB.
Dalam tempoh yang terhad, saya sempat menjengah beberapa blog pro-PR bagi mendapatkan respon mereka terhadap perkembangan ini.
Tidak keterlaluan untuk mengatakan, di mata pemerhati PR dan para penyokong PR Perak, Nizar masih lagi Hero bagi mereka.
Manakala, di pihak media arus perdana dan para penyokong BN Perak, keputusan mahkamah ini telah mengesahkan lagi ke'Hero'an Dr Zamby.
Saya tidak menggunakan istilah 'Rakyat Perak' bagi mengukur sokongan kepada kedua-dua tokoh ini kerana belum ada bukti tepat mahupun sandaran data yang konkrit akan respon sebenar rakyat terhadap mereka berdua ini.
Ini kerana kedua PR dan BN, masing-masing tidak mendapat majoriti lebih 2/3 (solid majority) sama ada selepas PRU-12 mahupun selepas perpindahan pemerintahan kepada Zambry. Hanya majoriti cukup-cukup makan sahaja.
'Pelompat' pasti melompat
Biarpun pelbagai pihak menyalahkan BN (UMNO secara khususnya) sebagai bertanggungjawab terhadap krisis politik yang berlaku di negeri Perak, mahu tidak mahu, kita perlu sedar bahawa salah satu faktor penyumbang utama pertukaran kerajaan Perak adalah berpunca daripada tindakan ADUN dari PR sendiri (3 PKR + 1 DAP) yang melompat keluar parti dengan menjadi ADUN bebas (yang kemudiannya mengisytiharkan diri pro-BN).
Kadang-kala betul juga kata bidalan "kuman di seberang laut kita nampak, gajah di depan mata kita tidak nampak".
Disebabkan masalah '(bekas) orang sendiri', akhirnya Nizar selama lebih setahun terpaksa berjuang menggunakan saluran yang ada bagi mendapatkan semula kedudukannya dan mengembalikan semula pemerintahan PR di Perak.
Cara isu ini ditonjolkan (media) juga berjaya 'memendamkan' perihal ADUN yang melompat keluar pakatan ini, menjadikan fokus pertembungan hanya di antara Nizar dan Zambry.
Buatlah bancian
Di era teknologi yang serba canggih ini, mengadakan ruangan untuk melakukan bancian bukanlah sesuatu yang sukar.
Dari peringkat mikro seperti blog, boleh memainkan peranan yang signifikan, melakukan bancian bagi mendapatkan respon daripada masyarakat.
Di peringkat makro (kerajaan negeri Perak), boleh menyediakan ruangan bancian bagi mendapatkan respon semasa rakyat Perak terhadap perkembangan ini.
Jangan hanya fokus kepada sokongan terhadap Nizar dan Zambry, tetapi masukkan juga soalan berkaitan bagaimana rakyat menilai perkembangan politik Perak - adakah membosankan, semakin muak dengan kedua-dua pihak yang bertelagah, atau sesuatu menarik untuk diikuti atau langsung tidak berminat untuk ambil tahu.
Menunggu PRU-13
Jika kini 'Mahkamah Persekutuan' dilihat menyebelahi Dr Zambry dan BN, adakah 'Mahkamah Rakyat' di PRU ke-13 kelak akan menampakkan keputusan yang sama?
Cabaran untuk membubarkan DUN dalam waktu ini, saya tidak rasa ianya akan dapat direalisasikan, baik oleh ADUN PR mahupun ADUN BN - sekadar menembak peluru kosong ke udara bagi menghangatkan keadaan dan sebagai ingatan kepada pelbagai pihak terhadap isu Perak ini.
Perjalanan menuju PRU-13 masih jauh, masih ada masa buat kedua-dua pihak mengatur langkah membuktikan kepada rakyat Perak bahawa selepas ini merekalah yang lebih layak mentadbir negeri.
Dari segi parti pula, PR wajar mengambil pengajaran pahit ini bekalan berguna, bukan sahaja memastikan khidmat kepada masyarakat kekal baik, tetapi memastikan calon mereka dalam PRU-13 kelak, bukanlah calon untuk 'lompat keluar parti'.
Bagi BN pula, kini mereka bolehlah meneruskan khidmat dan tugas kepada rakyat Perak secara sah dan selesa, mengurangkan politiking dan meneruskan agenda membangunkan negeri dan rakyatnya.
Namun, di waktu yang sama mereka juga tidak wajar terus bersenang dengan perkembangan ini kerana sehingga tibanya detik PRU-13 kelak, belum ada pihak yang benar-benar 'menang'.
Segalanya akan kembali kepada undi rakyat.

No comments:
Post a Comment